PERISIAN KLIEN SSH

Perisian klien ssh (secure shell) diguna pakai untuk mencapai kawalan pelayan membolehkan penggunanya menyampaikan perintah/command dari jarak jauh.

Terdapat pelbagai jenama perisisan klien ssh percuma dan premium, antara lain: Absolute telnet, ConnectBot, Crack Commander, Dropbear, eSSH Client, Kitty, MobaXterm, Open ssh, Putty dan lain-lain.

Setiap jenama mempunyai ciri yang berlainan ada yang dibekalkan sekali dengan sftp, ciri utama perisian ssh adalah terminal untuk hantar perintah kepada pelayan.

perisian-ssh-pelayan-panduan-vps-bahasa-melayu
perisian-ssh-pelayan-panduan-vps-bahasa-melayu

Cara menggunakanya adalah log-masuk menggunakan id root atau id lain, panduan asas vps cara buat pengguna pelayan sistem operasi centOS disini untuk ubuntu ada pada laman ini.

Selepas login terminal ssh akan paparkan nama pengguna dalam baris, jikalau log-in id root diakhir baris memaparkan kod # dan kalau id selain root akan paparkan kod $, contohnya;.

[root@pakarvps ~]#
[rozak.NET@pakarvps ~]$

Mesej pakarvps pula diambil daripada nama-hos pelayan.

PERISIAN KLIEN SFTP

Tidak semua perisian klien ssh dibekali dengan aplikasi sftp, pengguna boleh memasang perisian sepertimana pada Filezilla dan WinsCP. Perisian sftp diguna pakai untuk pindahan fail daripada lokal-hos (komputer, telefon pintar dan lain-lain) kedalam pelayan dan sebaliknya, dari pelayan muat turun kedalam lokal-hos.

Sepertimana klien ssh pengguna boleh log-masuk menggunakan id root dan id lain.


Deprecated: File Theme without comments.php is deprecated since version 3.0.0 with no alternative available. Please include a comments.php template in your theme. in /var/www/rozak.net/wp-includes/functions.php on line 5583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *