PANDUAN VESTACP
VestaCP menjadi senarai pertama pilihan sistem kawalan web hosting selain cPanel, selain percuma pihak pemaju menawarkan pemalam untuk melengkapkan ciri tambahan dengan harga yang murah.
Keupayaan VestaCP tidak membebankan pelayan, ringan dan mudah buat pemasangan. Dibawah adalah beberapa program yang disertakan dalam pakej pemasangan VestaCP.
- Pelayan web http Apache dan Nginx
- Pelayan dns
- Pelayan mel (tidak termasuk webmail)
- PHP
- MySQL dan PostgreSQL database
- Softaculous dan
- Sistem tembok api.
VestaCP memerlukan spesifikasi pelayan yang rendah, minimal memory 512mb dan 1 CPU sahaja boleh dijalankan pada sistem operasi CentOS/RHEL, Debian dan Ubuntu pada pelayan linux sahaja.
Sebuah kelebihan bilamana kita pasang sistem kawalan hosting pada pelayan, pertama tidak perlu buat banyak konfigurasi dalam pelayan dan membolehkan pentadbir buat sub-akaun yang berasingan.
Dibawah adalah panduan vps cara pasang kawalan web hosting VestaCP dan konfigurasi asasnya.
1.Kemaskini pelayan bila perlu;.
Centos/RHEL, cara buat pengguna CentOS:
sudo yum update
sudo yum upgrade
Debian dan Ubuntu, cara buat pengguna Ubuntu:
sudo apt update
sudo apt upgrade
2.Muat turun skrip pemasang;.
curl -O http://vestacp.com/pub/vst-install.sh
4.Cara pasang VestaCP pada pelayan;.
Pemasangan lalai:
sudo bash vst-install.sh
Pemasangan yang disertai dengan pelayan http Nginx+Apache, vsftpd, konfigurasi mel exim+dovecot+spamassassin+clamav, konfigurasi firewall iptables+fail2ban, softaculous, remi dan mysql:
bash vst-install.sh --nginx yes --apache yes --phpfpm no --named yes --remi yes --vsftpd yes --proftpd no --iptables yes --fail2ban yes --quota yes --exim yes --dovecot yes --spamassassin yes --clamav yes --softaculous yes --mysql yes --postgresql no
Pemasangan yang disertai dengan pelayan http Nginx+php-fpm, vsftpd, konfigurasi mel exim+dovecot+spamassassin+clamav, konfigurasi firewall iptables+fail2ban, softaculous, remi dan postgresql:
bash vst-install.sh --nginx yes --phpfpm yes --apache no --named yes --remi yes --vsftpd yes --proftpd no --iptables yes --fail2ban yes --quota yes --exim yes --dovecot yes --spamassassin yes --clamav yes --softaculous yes --mysql no --postgresql yes
Pelayan akan hantar kata laluan pentadbir VestaCP diakhir pemasangan, salin kata laluan seterusnya layari pautan kawalan hosting vestaCP http://IP-pelayan:8083 dan log-masuk menggunakan kata laluan tersebut.

KONFIGURASI AM VESTACP
1.Edit pengguna admin untuk ubahsuai profil pentadbir dan buat tetapan nama pelayan (ns1,ns2).
2.Buat dan edit kapasiti storan dan bandwidth pada laman Pakej.
3.Sekiranya pelayan memiliki alamat IP lebih daripada satu boleh tambah IP kedua dan seterusnya kedalam konfigurasi VestaCP pada laman IP.
4. Buat aturan kebenaran atau sekatan pada laman Firewall.
5.Pilih menu APP untuk membuka pemasang skrip Softaculous.
6.Menu Pelayan/Server akan membawa kepada konfigurasi pelayan termasuk MySQL dan lisensi yang berkaitan.
7.FILE MANAGER
SFTP CHROOT ialah sebuah pemalam pengurus fail membenarkan pentadbir mengakses direktori melalui kawalan hosting VestaCP, pihak pemaju menjualnya dengan harga bermula $3 sebulan. Walau bagaimanapun terdapat kaedah manipulasi lisensi yang telah tular.
CIRI-CIRI KAWALAN HOSTING VESTACP
1.Kemudahan tambah pengguna membolehkan pentadbir buat akaun hosting untuk pelanggan.
2.Kemudahan tambah web membolehkan pentadbir dan pengguna biasa (pelanggan) menghoskan pelbagai domain.
3.Kemudahan dns membolehkan pentadbir dan pengguna biasa buat rekod yang berkaitan dengan domain.
4.Kemudahan mel membolehkan pentadbir dan pengguna biasa buat alamat e-mel.
5.Kemudahan DB membolehkan pentadbir dan pengguna biasa buat database dan penggunanya.
6.Kemudahan cron membolehkan pentadbir dan pengguna biasa buat konfigurasi untuk jalankan skrip mengikut kitaran masa.
7.Kemudahan backup membolehkan pentadbir dan pengguna biasa memulihkan direktori.

TUKAR KATA LALUAN PENTADBIR
Dibawah adalah cara paling mudah menukar kata laluan pentadbir (pengguna admin);.
v-change-user-password admin AbdURpaSSwd935
Perintah tersebut perlu dijalankan menggunakan id root.