ABDUL ROZAK KOTA KINABALU SABAH PHOTOGRAPHY - WEB DESIGNER
Perihal
Foto
Saya buat
Hubungi

PANDUAN VESTACP

VestaCP menjadi senarai pertama pilihan sistem kawalan web hosting selain cPanel, selain percuma pihak pemaju menawarkan pemalam untuk melengkapkan ciri tambahan dengan harga yang murah.

Keupayaan VestaCP tidak membebankan pelayan, ringan dan mudah buat pemasangan. Dibawah adalah beberapa program yang disertakan dalam pakej pemasangan VestaCP.

  • Pelayan web http Apache dan Nginx
  • Pelayan dns
  • Pelayan mel (tidak termasuk webmail)
  • PHP
  • MySQL dan PostgreSQL database
  • Softaculous dan
  • Sistem tembok api.

VestaCP memerlukan spesifikasi pelayan yang rendah, minimal memory 512mb dan 1 CPU sahaja boleh dijalankan pada sistem operasi CentOS/RHEL, Debian dan Ubuntu pada pelayan linux sahaja.

Sebuah kelebihan bilamana kita pasang sistem kawalan hosting pada pelayan, pertama tidak perlu buat banyak konfigurasi dalam pelayan dan membolehkan pentadbir buat sub-akaun yang berasingan.

Dibawah adalah panduan asas vps cara pasang kawalan web hosting VestaCP dan konfigurasi asasnya.

1.Kemaskini pelayan bila perlu;.

Centos/RHEL, cara buat pengguna CentOS:

sudo yum update
sudo yum upgrade

Debian dan Ubuntu, cara buat pengguna Ubuntu:

sudo apt update
sudo apt upgrade

2.Muat turun skrip pemasang;.

curl -O http://vestacp.com/pub/vst-install.sh

4.Cara pasang VestaCP pada pelayan;.

Pemasangan lalai:

sudo bash vst-install.sh

Pemasangan yang disertai dengan pelayan http Nginx+Apache, vsftpd, konfigurasi mel exim+dovecot+spamassassin+clamav, konfigurasi firewall iptables+fail2ban, softaculous, remi dan mysql:

bash vst-install.sh --nginx yes --apache yes --phpfpm no --named yes --remi yes --vsftpd yes --proftpd no --iptables yes --fail2ban yes --quota yes --exim yes --dovecot yes --spamassassin yes --clamav yes --softaculous yes --mysql yes --postgresql no

Pemasangan yang disertai dengan pelayan http Nginx+php-fpm, vsftpd, konfigurasi mel exim+dovecot+spamassassin+clamav, konfigurasi firewall iptables+fail2ban, softaculous, remi dan postgresql:

bash vst-install.sh --nginx yes --phpfpm yes --apache no --named yes --remi yes --vsftpd yes --proftpd no --iptables yes --fail2ban yes --quota yes --exim yes --dovecot yes --spamassassin yes --clamav yes --softaculous yes --mysql no --postgresql yes

Pelayan akan hantar kata laluan pentadbir VestaCP diakhir pemasangan, salin kata laluan seterusnya layari pautan kawalan hosting vestaCP http://IP-pelayan:8083 dan log-masuk menggunakan kata laluan tersebut.

PANDUAN VESTACP VestaCP menjadi senarai pertama pilihan sistem kawalan web hosting selain cPanel, selain percuma pihak pemaju menawarkan pemalam untuk melengkapkan ciri ta
Cara pasang VestaCP

KONFIGURASI AM VESTACP

1.Edit pengguna admin untuk ubahsuai profil pentadbir dan buat tetapan nama pelayan (ns1,ns2).

2.Buat dan edit kapasiti storan dan bandwidth pada laman Pakej.

3.Sekiranya pelayan memiliki alamat IP lebih daripada satu boleh tambah IP kedua dan seterusnya kedalam konfigurasi VestaCP pada laman IP.

4. Buat aturan kebenaran atau sekatan pada laman Firewall.

5.Pilih menu APP untuk membuka pemasang skrip Softaculous.

6.Menu Pelayan/Server akan membawa kepada konfigurasi pelayan termasuk MySQL dan lisensi yang berkaitan.

7.FILE MANAGER

SFTP CHROOT ialah sebuah pemalam pengurus fail membenarkan pentadbir mengakses direktori melalui kawalan hosting VestaCP, pihak pemaju menjualnya dengan harga bermula $3 sebulan. Walau bagaimanapun terdapat kaedah manipulasi lisensi yang telah tular.

CIRI-CIRI KAWALAN HOSTING VESTACP

1.Kemudahan tambah pengguna membolehkan pentadbir buat akaun hosting untuk pelanggan.

2.Kemudahan tambah web membolehkan pentadbir dan pengguna biasa (pelanggan) menghoskan pelbagai domain.

3.Kemudahan dns membolehkan pentadbir dan pengguna biasa buat rekod yang berkaitan dengan domain.

4.Kemudahan mel membolehkan pentadbir dan pengguna biasa buat alamat e-mel.

5.Kemudahan DB membolehkan pentadbir dan pengguna biasa buat database dan penggunanya.

6.Kemudahan cron membolehkan pentadbir dan pengguna biasa buat konfigurasi untuk jalankan skrip mengikut kitaran masa.

7.Kemudahan backup membolehkan pentadbir dan pengguna biasa memulihkan direktori.

PANDUAN VESTACP VestaCP menjadi senarai pertama pilihan sistem kawalan web hosting selain cPanel, selain percuma pihak pemaju menawarkan pemalam untuk melengkapkan ciri ta
Panduan VestaCP

TUKAR KATA LALUAN PENTADBIR

Dibawah adalah cara paling mudah menukar kata laluan pentadbir (pengguna admin);.

v-change-user-password admin AbdURpaSSwd935

Perintah tersebut perlu dijalankan menggunakan id root.

Oktober 23, 2019 Tags: , , ,

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

عَلَيْكَاَلسّلآمُ 

Saya pentadbir pelayan web tinggal di Kota Kinabalu, Sabah - Malaysia. Kepakaran saya adalah buat web berasaskan WordPress dan html. Sila hubungi saya jika berminat dengan perkhidmatan saya.

Abdul Rozak
Pereka web - Jurugambar

Saya menjadi sukarelawan KPF (Kinabalu Photo Festival) sejak 2016. Saya suka mendengarkan musik dan meminati film berasaskan kisah benar.

Kemahiran
Urus pelayan
83%
Urus web hosting
98%
WordPress
89%
Joomla
75%
Php-html-css
92%

Kerjaya

Sebelum 2012

Pemasaran Jualan

2012 - sekarang

Pekerja lepas

INDONESIA ELECTION DAY 2019 Voters pointing one finger shows support for no 1 presidential candidateVoters pointing two fingers shows support for no 2 presidential candidate Indonesia Pilihan raya Indonesia 2019 di Kota Kinabalu - Malaysia

Domain

Domain merupakan rentetan identifikasi dicipta untuk mewakili alamat ip pelayan, menjadikan pautan web lebih mudah diingati. 

Web Hosting

Perkhidmatan ruang digital dalam talian yang direka untuk keperluan website.

Konfigurasi Pelayan

Konfigurasi Apache, Nginx, Litespeed, MariaDB, MySQL, php, dan yang berkaitan pada pelayan

Web Design

Saya suka keunikan dalam web, seboleh mungkin saya akan buat apa yang saya rancangkan.

Pengoptimuman Web

Kaedah pemuatan website lebih pantas dan mesra enjin carian.

Jom kupi-kupi kalau berdekatan dengan alamat dibawah:
University Utama Condominium
Lorong University Utama
Kota Kinabalu, 88450
Sabah Malaysia.
Saya boleh dihubungi menerusi e-mel dan facebook menggunakan butang dibawah:
kota kinabalu web designer university utama condominium
Kg. Air Pulau Gaya
apartmententertext-align-left