PAKAR SEO MALAYSIA LOGO
ABDUL ROZAK
@rozakdotnet

PANDUAN CYBERPANEL

Cyberpanel ialah sistem kawalan web hosting percuma berasaskan pada pelayan http LiteSpeed dan OpenLiteSpeed yang dibuat oleh Usman Nasir (Programmer Islam berasal dari Pakistan). Kejayaan Cyberpanel telah menarik minat LiteSpeed Tech (Pemaju LiteSpeed dan openLiteSpeed) dan menawarkan lisensi percuma.

Perisian Cyberpanel seratus peratus adalah percuma, pengguna boleh pilih antara LiteSpeed (dikenali sebagai pakej Enterprise) ataupun OpenLiteSpeed.

Blog berkaitan: panduan asas vps.

Cyberpanel dengan OpenLiteSpeed membenarkan pentadbir menghoskan domain tanpa had, manakala Cyberpanel dengan LiteSpeed pentadbir perlu naik taraf lisensi untuk membolehkan menghoskan lebih dari satu domain.

Cyberpanel amat sesuai bagi penggemar pelayan web http LiteSpeed yang telah menjadi keutamaan dalam industri web hosting. Rekaan papan pemuka yang moden mesra bagi pengguna yang baru mula.

Antara ciri-ciri Cyberpanel:.

  • Pelayan http LiteSpeed/OpenLiteSpeed.
  • Sokongan CloudLinux yang dipercayai mampu mengganda prestasi pelayan hosting perkongsian.
  • Sokongan Docker.
  • Penjana ssl otomatik Let's Encrypt.
  • Sistem tembok api.
  • SpamAssassin.
  • MariaDB.
  • Power DNS.
  • PureFTPD.
  • Pemasang skrip otomatik.

PEMASANGAN

Spesifikasi yang disyorkan (Okt 2019);.

  • Sistem operasi : CentOS 7.*
  • Python 2.7
  • RAM 1GB dan keatas
  • Ruang cakera 10GB

1.Kemaskini dan naik taraf pelayan bila perlu;.

yum update
yum upgrade

2.Muat turun Cyberpanel dan buat pemasangan (lisensi diperlukan jikalau ingin aktifkan versi Enterprise pelayan web LiteSpeed, dapatkan lisensi disini).

sh <(curl https://cyberpanel.net/install.sh || wget -O - https://cyberpanel.net/install.sh)
Pilihan pelayan web http Cyberpanel

Cara tersebut akan pasang program yang berkaitan dengan Cyberpanel termasuk pelayan web http LiteSpeed/OpenLitespeed, lsphp (Litespeed php) Maria DB dan lain-lain.

Diakhir pemasangan papan pemuka admin boleh diakses pada port 8090 (http://IPpelayan:8090).

PANDUAN ASAS SISTEM KAWALAN HOSTING CYBERPANEL

Terdapat 3 tahap pengguna iaitu admin (pentadbir pelayan), reseller dan pengguna biasa.

Perkhidmatan Pakar Hosting disini.

Pengguna tingkat pertama (admin) memiliki kuasa buat konfigurasi yang berkaitan dengan pelayan. Menambah fungsi tambahan seperti CloudLinux, Docker, ubahsuai konfigurasi LiteSpeed/OpenLiteSpeed, ubah suai sistem tembok api dan lain-lain yang berkaitan dengan konfigurasi pelayan.

Selain daripada itu pengguna tingkat pertama (admin) memiliki kuasa buat pengguna tingkat reseller dan pengguna biasa. Pengguna tingkat pertama juga memiliki kuasa keatas akaun hosting sepertimana yang dimiliki oleh reseller dan pengguna biasa.

Pengguna tingkat reseller memiliki kuasa buat pakej web hosting, buat sub-reseller dan pengguna hosting (pengguna biasa), dan menghoskan domain. Pengguna reseller juga memiliki kuasa sepertimana yang ada pada pengguna biasa.

Pengguna biasa memiliki kuasa keatas akaun hosting yang dia kendalikan, antara lain:.

  • Buat Database dan akses PhpMyAdmin.
  • Edit DNS.
  • Buat E-mel, akses webmail dan konfigurasi e-mel.
  • Buat FTP.
  • Buat Backup.
  • Urus ssl.
  • Buat domain tambahan.
  • Akses direktori web.
  • Pasang WordPress, Joomla, Git dan Prestashop menggunakan pemasang auto.

CARA BUAT NAMA PELAYAN (NAME SERVER)

Nama pelayan (Name server) adalah aplikasi yang memberi respon kepada permintaan protokol. Adanya nama pelayan membolehkan domain tersambung dengan pelayan dns.

Cyberpanel Name Server

1.DNS => Create name server.

2.Isi borang mengikut keperluan, contoh:

  • Domain rozak.net
  • First NS cyberpanel.a.ns.rozak.net
  • Ip address ip pelayan dimana cyberpanel dihoskan
  • Second NS cyberpanel.b.ns.rozak.net
  • Ip = boleh letak ip kedua jika terdapat 2 ip dalam pelayan, letak ip yang sama dengan first ns jika terdapat satu ip dalam pelayan.

CARA BUAT PAKEJ HOSTING

1.MAIN => Packages => Create.

2.Isi borang. Tentukan jumlah domain tambahan, ruang cakera, bandwidth, akaun ftp, database, dan akaun mel dalam pakej tersebut.

CARA BUAT PENGGUNA CYBERPANEL

1.MAIN => Users => Create.

2.Isi borang sepertima yang diperlukan, tentukan samada pengguna reseller atau pengguna biasa pada pilihan ACL.

CARA MENGHOSKAN DOMAIN

1.MAIN => Website => Create.

2.Isi borang mengikut keperluan, tentukan domain web tersebut dibawah kendalian admin atau akaun dibawah admin (reseller, pengguna biasa). Beri tanda SSL untuk menjana sijil ssl percuma Let's Encrypt.

Keempat panduan tersebut hanya terdapat pada pentadbiran pengguna tingkat pertama (admin) , reseller dan sub-reseller.

Panduan-asas-cyberpanel-vps
Panduan-asas-cyberpanel-vps

Panduan Cyberpanel pengguna biasa akan saya buat pada blog seterusnya, arkib Cyberpanel disini. Buat langkah dibawah ini jikalau ingin dapatkan akses pentadbiran pelayan web http LiteSpeed/OpenLiteSpeed;.

1.Ubahsuai sistem tembok api (firewall, menggunakan ssh) untuk membenarkan port 7080;.

firewall-cmd --zone=public --add-port=7080/tcp --permanent

2.Muat semula aturan firewall:

firewall-cmd --reload

Blog berkaitan: konfigurasi asas OpenLiteSpeed.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *