PAKAR SEO MALAYSIA LOGO
ABDUL ROZAK
@rozakdotnet

PANDUAN CYBERPANEL (II)

Blog sebelum ini ialah panduan Cyberpanel bahagian pertama disini merangkumi cara pasang pakej Cyberpanel kedalam pelayan dan konfigurasi asas admin (pengguna tingkat pertama) kawalan hosting Cyberpanel. Pengguna tersebut memiliki kuasa buat pengguna reseller dan pengguna biasa (tingkat akhir).

Blog berkaitan: panduan asas vps.

Cyberpanel memiliki kelebihan berbanding dengan kawalan hosting percuma lain, kelebihan yang pertama ianya berasaskan pada pelayan web http LiteSpeed dan OpenLiteSpeed. Kelebihan kedua ia memiliki sokongan CloudLinux untuk mengstabilkan dan mengganda prestasi pelayan hosting perkongsian.

Ciri-ciri Cyberpanel;.

  • Sokongan SSL.
  • DNS (Domain name system).
  • Database (MariaDB).
  • PhpMyadmin (database editor).
  • E-mel, webmail dan anti spam.
  • FTP (File transfer protocol).
  • Sokongan cadangan data.
Papan pemuka Cyberpanel pengguna tingkat akhir

CARA MENGGUNAKAN CYBERPANEL

Dibawah adalah panduan asas Cyberpanel untuk pengguna tingkat akhir (pengguna biasa) yang memiliki kuasa keatas akaun sendiri.

Papan pemuka Cyberpanel boleh diakses pada port 8090, contoh http://IPpelayan:8090 dan http://rozak.net:8090

CARA AKTIFKAN SSL

Pastikan domain tersebut tidak menggunakan apa-apa proxy seperti yang ada pada CloudFlare dan lain-lain.

1.Pilih SSL dan Manage SSL.

2.Pilih sebuah domain untuk dipasangkan dengan ssl.

3.Pilih butang Issue untuk menjana sijil ssl otomatik percuma daripada Let's Encrypt.

CARA EDIT DNS

Untuk membolehkan editor dns berfungsi domain perlu menggunakan nama pelayan (NS) sepertimana yang telah dibuat oleh pengguna tingkat pertama (admin) dan reseller.

Contoh nama pelayan saya:

cyberpanel.a.ns.rozak.net
cyberpanel.b.ns.rozak.net

1.Pilih DNS => Create dns zone.

2.Isi borang dengan nama domain (tidak perlukan www) dan simpan.

3.DNS => Add delete/records.

4.Pilih domain yang telah dibuat pada nombor 2.

CARA BUAT DATABASE

Perkhidmatan Pakar Hosting disini.

1.Pilih Databases => Create database.

2.Pilih domain.

3.Buat nama dan pengguna database unik, contoh 7BfxW2s dan V0zL52. Buat kata laluan yang selamat dan simpan.

4.Pilih PhpMyAdmin untuk edit data dalam database yang telah dibuat.

CARA BUAT E-MEL

1.Pilih Emails => Create.

2.Pilih domain dan buat alamat e-mel.

3.MAIN => Access webmail. Log-masuk menggunakan kata laluan e-mel yang telah dibuat.

Webmail membolehkan pentadbir menghantar e-mel, membaca e-mel masuk dan membalas e-mel.

AKAUN FTP

FTP merupakan sebuah pintu pindahan data pada pelayan, membolehkan pentadbir mengklon fail dari satu tempat (pelayan) ke tempat lain (pelayan dan peranti lokal).

Perisian FTP pada hosting dikenali dengan ftp server, klien ftp (ftp client) pula ialah aplikasi yang membolehkan pentadbir mengawal ftp dari jarak jauh (peranti lokal = telefon pintar, komputer dan lain-lain).

1.FTP => create.

2.Pilih domain.

3.Isi borang dan simpan.

Port ftp Cyberpanel ialah 20 dan 21.

BACKUP/DATA CADANGAN

Amat digalakkan buat data cadangan sebelum naik taraf sistem contohnya naik taraf versi WordPress. Data yang disimpan diperlukan bilamana dalam proses naik taraf tersebut terdapat kerosakan, pentadbir hanya perlu menekan butang untuk memulihkan laman web.

1.BACKUP => pilih domain.

2.Tentukan lokasi fail cadangan disimpan, mulakan dengan butang create backup.

2.BACKUP => restore untuk memulihkan data cadangan.

PANDUAN ASAS CYBERPANEL (END USER)

1.WEBSITES => List.

2.Pilih Issue SSL untuk penjana ssl percuma Let's Encrypt dan buat pemasangan otomatik.

3.Pilih Manage untuk membuka panel kawalan hosting percuma Cyberpanel.

DOMAIN TAMBAHAN

4.Pilih Add on Domain untuk menggunakan kemudahan domain tambahan.

5.Domain aliases diguna untuk park domain keatas web, sebuah web akan dapat diakses menggunakan domain yang berbeza menggunakan kemudahan ini.

6.Cronsjob diguna untuk menjalankan skrip mengikut kitaran masa, contoh pada web yang perlu mengeluarkan bil kepada penggunanya sebulan sekali.

7.Konfigurasi Virtual Host (Vhost) ialah konfigurasi yang berkaitan dengan pelayan http, konfigurasi ini membolehkan laman web diakses menerusi port 80 (http) dan port 443 (https). Ianya juga mengandungi konfigurasi yang membolehkan pelayan http menggunakan program php.

Blog berkaitan: Pelayan web http.

8.LiteSpeed dan openLiteSpeed direka memiliki keupayaan yang terdapat pada pelayan http Apache (dan lebih maju berbanding Apache) termasuk .htaccess. Konfigurasi rewrite ialah konfigurasi pelayan http yang memiliki keupayaan/fungsi yang sama dengan fail .htaccess.

9.Pilih add SSL jikalau ingin menggunakan ssl premium (contoh GeoTrust, comodo, Rapid dan lain-lain). Dapatkan/beli sijil ssl seterusnya tampal kod .cert yang dibekalkan oleh penguasa ssl.

Setakat Okt 2019 Cyberpanel belum dilengkapi dengan penjana csr (Certificate Signing Request), csr diperlukan dalam proses pembelian sijil ssl. Jika diperlukan boleh menggunakan penjana csr dari luar.

10.Kemudahan menukar PHP membolehkan pentadbir mengaktifkan versi yang dikehendaki.

11.Pilih File manager untuk membuka direktori web, ianya membolehkan pentadbir memuat naik, memuat turun, edit dan padam fail.

Kawalan Hosting Cyberpanel

12.AUTO INSTALLER

Usman Nasir (Pencipta Cyberpanel) mereka sendiri pemasang skrip otomatik, setakat ini terdapat 4 pilihan skrip yang boleh dipasang menggunakan kemudahan ini iaitu WordPress, Joomla, Git dan Prestashop.

Pilih ikon jenama tersebut untuk buat pemasangan. Isi borang mengikut keperluan, kosongkan bahagian path untuk pemasangan pada laman utama. Isikan borang path untuk pemasangan dalam sub-direktori, contoh http://www.rozak.net/direktori/.

Pilih butang Install untuk mulakan pemasangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.