Dibawah adalah blog panduan asas cara pasang Mysql dan buat database pada pelayan Linux sistem operasi CentOS 8. Percuma kredit vps $50 disini. Blog berkaitan: cara pasang MariaDB CentOS 8 disini. CARA PASANG MYSQL CENTOS 8 1.Kemaskini dan upgrade pelayan bila perlu, cara buat ID pelayan menggunakan sudo disini;. sudo dnf update sudo dnf upgrade […]
VestaCP menjadi senarai pertama pilihan sistem kawalan web hosting selain cPanel, selain percuma pihak pemaju menawarkan pemalam untuk melengkapkan ciri tambahan dengan harga yang murah.
Keupayaan VestaCP tidak membebankan pelayan, ringan dan mudah buat pemasangan. Dibawah adalah beberapa program yang disertakan dalam pakej pemasangan VestaCP.
VestaCP memerlukan spesifikasi pelayan yang rendah, minimal memory 512mb dan 1 CPU sahaja boleh dijalankan pada sistem operasi CentOS/RHEL, Debian dan Ubuntu pada pelayan linux sahaja.
Sebuah kelebihan bilamana kita pasang sistem kawalan hosting pada pelayan, pertama tidak perlu buat banyak konfigurasi dalam pelayan dan membolehkan pentadbir buat sub-akaun yang berasingan.
Dibawah adalah panduan vps cara pasang kawalan web hosting VestaCP dan konfigurasi asasnya.
1.Kemaskini pelayan bila perlu;.
Centos/RHEL, cara buat pengguna CentOS:
sudo yum update
sudo yum upgrade
Debian dan Ubuntu, cara buat pengguna Ubuntu:
sudo apt update
sudo apt upgrade
2.Muat turun skrip pemasang;.
curl -O http://vestacp.com/pub/vst-install.sh
4.Cara pasang VestaCP pada pelayan;.
Pemasangan lalai:
sudo bash vst-install.sh
Pemasangan yang disertai dengan pelayan http Nginx+Apache, vsftpd, konfigurasi mel exim+dovecot+spamassassin+clamav, konfigurasi firewall iptables+fail2ban, softaculous, remi dan mysql:
bash vst-install.sh --nginx yes --apache yes --phpfpm no --named yes --remi yes --vsftpd yes --proftpd no --iptables yes --fail2ban yes --quota yes --exim yes --dovecot yes --spamassassin yes --clamav yes --softaculous yes --mysql yes --postgresql no
Pemasangan yang disertai dengan pelayan http Nginx+php-fpm, vsftpd, konfigurasi mel exim+dovecot+spamassassin+clamav, konfigurasi firewall iptables+fail2ban, softaculous, remi dan postgresql:
bash vst-install.sh --nginx yes --phpfpm yes --apache no --named yes --remi yes --vsftpd yes --proftpd no --iptables yes --fail2ban yes --quota yes --exim yes --dovecot yes --spamassassin yes --clamav yes --softaculous yes --mysql no --postgresql yes
Pelayan akan hantar kata laluan pentadbir VestaCP diakhir pemasangan, salin kata laluan seterusnya layari pautan kawalan hosting vestaCP http://IP-pelayan:8083 dan log-masuk menggunakan kata laluan tersebut.
1.Edit pengguna admin untuk ubahsuai profil pentadbir dan buat tetapan nama pelayan (ns1,ns2).
2.Buat dan edit kapasiti storan dan bandwidth pada laman Pakej.
3.Sekiranya pelayan memiliki alamat IP lebih daripada satu boleh tambah IP kedua dan seterusnya kedalam konfigurasi VestaCP pada laman IP.
4. Buat aturan kebenaran atau sekatan pada laman Firewall.
5.Pilih menu APP untuk membuka pemasang skrip Softaculous.
6.Menu Pelayan/Server akan membawa kepada konfigurasi pelayan termasuk MySQL dan lisensi yang berkaitan.
7.FILE MANAGER
SFTP CHROOT ialah sebuah pemalam pengurus fail membenarkan pentadbir mengakses direktori melalui kawalan hosting VestaCP, pihak pemaju menjualnya dengan harga bermula $3 sebulan. Walau bagaimanapun terdapat kaedah manipulasi lisensi yang telah tular.
1.Kemudahan tambah pengguna membolehkan pentadbir buat akaun hosting untuk pelanggan.
2.Kemudahan tambah web membolehkan pentadbir dan pengguna biasa (pelanggan) menghoskan pelbagai domain.
3.Kemudahan dns membolehkan pentadbir dan pengguna biasa buat rekod yang berkaitan dengan domain.
4.Kemudahan mel membolehkan pentadbir dan pengguna biasa buat alamat e-mel.
5.Kemudahan DB membolehkan pentadbir dan pengguna biasa buat database dan penggunanya.
6.Kemudahan cron membolehkan pentadbir dan pengguna biasa buat konfigurasi untuk jalankan skrip mengikut kitaran masa.
7.Kemudahan backup membolehkan pentadbir dan pengguna biasa memulihkan direktori.
TUKAR KATA LALUAN PENTADBIR
Dibawah adalah cara paling mudah menukar kata laluan pentadbir (pengguna admin);.
v-change-user-password admin AbdURpaSSwd935
Perintah tersebut perlu dijalankan menggunakan id root.
ABDUL ROZAK
Web server administrator based on Kota Kinabalu, Sabah - Malaysia. Also volunteering in KPF (Kinabalu Photo Festival) since 2016.
Anda perlu log masuk untuk menghantar ulasan.
Saya pentadbir pelayan web tinggal di Kota Kinabalu, Sabah - Malaysia. Kepakaran saya adalah buat web berasaskan WordPress dan html. Sila hubungi saya jika berminat dengan perkhidmatan saya.
Saya menjadi sukarelawan KPF (Kinabalu Photo Festival) sejak 2016. Saya suka mendengarkan musik dan meminati film berasaskan kisah benar.
Kerjaya
Sebelum 2012
Pemasaran Jualan
2012 - sekarang
Pekerja lepas
Domain
Domain merupakan rentetan identifikasi dicipta untuk mewakili alamat ip pelayan, menjadikan pautan web lebih mudah diingati.
Web Hosting
Perkhidmatan ruang digital dalam talian yang direka untuk keperluan website.
Konfigurasi Pelayan
Konfigurasi Apache, Nginx, Litespeed, MariaDB, MySQL, php, dan yang berkaitan pada pelayan
Web Design
Saya suka keunikan dalam web, seboleh mungkin saya akan buat apa yang saya rancangkan.
Pengoptimuman Web
Kaedah pemuatan website lebih pantas dan mesra enjin carian.
CYBERPANEL:
PANDUAN CYBERPANEL (II)Blog sebelum ini ialah panduan Cyberpanel bahagian pertama disini merangkumi cara pasang pakej Cyberpanel kedalam pelayan dan konfigurasi asas admin (pengguna tingkat pertama) kawalan hosting Cyberpanel. Pengguna tersebut memiliki kuasa buat pengguna reseller dan pengguna biasa (tingkat akhir). Blog berkaitan: panduan asas vps. Cyberpanel memiliki kelebihan berbanding dengan kawalan hosting percuma lain, kelebihan yang pertama […]
PANDUAN CYBERPANELCyberpanel ialah sistem kawalan web hosting percuma berasaskan pada pelayan http LiteSpeed dan OpenLiteSpeed yang dibuat oleh Usman Nasir (Programmer Islam berasal dari Pakistan). Kejayaan Cyberpanel telah menarik minat LiteSpeed Tech (Pemaju LiteSpeed dan openLiteSpeed) dan menawarkan lisensi percuma. Perisian Cyberpanel seratus peratus adalah percuma, pengguna boleh pilih antara LiteSpeed (dikenali sebagai pakej Enterprise) ataupun […]
OPENLITESPEED:
PANDUAN CYBERPANEL (II)Blog sebelum ini ialah panduan Cyberpanel bahagian pertama disini merangkumi cara pasang pakej Cyberpanel kedalam pelayan dan konfigurasi asas admin (pengguna tingkat pertama) kawalan hosting Cyberpanel. Pengguna tersebut memiliki kuasa buat pengguna reseller dan pengguna biasa (tingkat akhir). Blog berkaitan: panduan asas vps. Cyberpanel memiliki kelebihan berbanding dengan kawalan hosting percuma lain, kelebihan yang pertama […]
PANDUAN CYBERPANELCyberpanel ialah sistem kawalan web hosting percuma berasaskan pada pelayan http LiteSpeed dan OpenLiteSpeed yang dibuat oleh Usman Nasir (Programmer Islam berasal dari Pakistan). Kejayaan Cyberpanel telah menarik minat LiteSpeed Tech (Pemaju LiteSpeed dan openLiteSpeed) dan menawarkan lisensi percuma. Perisian Cyberpanel seratus peratus adalah percuma, pengguna boleh pilih antara LiteSpeed (dikenali sebagai pakej Enterprise) ataupun […]
CYBERPANEL:
CARA PASANG PHP7.4 CENTOS 8 - NGINXDibawah adalah panduan asas vps cara pasang PHP versi semasa 7.4 (Nov 2019) pelayan web http Nginx sistem operasi CentOS 8. Pada CentOS versi terbaru ini (8) pemasangan php jauh lebih mudah berbanding CentOS versi sebelumnya, pentadbir tidak perlu ubahsuai konfigurasi php-fpm untuk membolehkan pelayan Nginx menjalankan program php. Perkhidmatan Pakar Hosting disini. CARA PASANG […]
CARA BUAT SERVER BLOCK NGINX CENTOS 8Blog akan saya kemaskini. Terima Kasih.