rozak.NET

PETUA MEMILIH TEMA WORDPRESS

Oleh: Abdul Rozak pada 
Julai 8, 2018

Blog siri ketiga, sususlan daripada pos Panduan Asas dan Cara Menggunakan WordPress.

Agar dapat menentukan pemillihan tema dengan tepat pengguna dinasihatkan supaya menyusun sebuah pelan yang terdiri dari matlamat pembangunan laman web, konsep dan bajet. Jika tujuan bina laman web adalah untuk blog peribadi maka tema yang direka secara asanya sahaja sudahpun mencukupi, atau guna tema yang lebih menarik bercirikan Majalah. Tema Vcard/resume lebih sesuia untuk bina laman web yang menonjolkan maklumat peribadi. Rumusan ini juga digunapakai pada matlamat bina laman web perniaga'an, kedai online dan lain-lain.

Blog siri keempat: PEMALAM WORDPRESS YANG DISYORKAN.

Seterusnya mencipta konsep samaada nak bina laman web minimalis atau laman web yang memiliki ciri-ciri tertentu, tema penulisan juga termasuk dalam konsep pemilhan tema pada WordPress. Strategi seo perlu juga difikirkan dalam mencipta konsep dan sejauh mana ia akan memberikan kesan nantinya.

Pada saya membeli lesen tema premium adalah lebih baik kerana reka bentuk yang lebih menarik dan terdapat ciri-ciri yang jarang sekali dibekalkan pada tema percuma. Bajet untuk satu tema biasanya dijual antara $30 sehingga $99, jika bertuah akan dapatkan harga diskaun pada masa-masa tertentu.

Iklan: SSD Web Hosting sesuia untuk bina WordPress RM30 sahaja beli disini.

PETUA MEMILIH TEMA WORDPRESS Malaysia

Panduan asas menggunakan WordPress bahasa melayu

 

MEWUJUDKAN IDEA

Selepas tiga perkara diatas terpenuhi langkah seterusnya adalah mencarinya, guna google untuk kumpul senarai pilihan. Contoh, matlamat utamanya adalah bina laman web resipi memasak. Konsep laman web seperti ini haruslah mesra seo, paparan mudah alih dan reka bentuk berdasarkan majalah. Anda boleh mencarinya menggunakan kata kunci seperti dibawah;.

  1. Free WordPress magazine theme.
  2. WordPress magazine theme.
  3. The best wp theme for magazine.
  4. Best magazine wp theme.
  5. Food wp theme.

Buat senarai tema yang anda minat, simak terakhir kali versi pada tema dikemaskini. Jangan pilih tema yang kurang update, tema yang selamat digunakan adalah tema yang senantiasa dikemaskini sekurang-kurangnya setiap 6-8 bulan sebagai jaminan ianya sesuai untuk versi WordPress semasa. Kemudahan seo pada tema bercirikan magazine agak kurang, anda dinasihatkan supaya tambah plugin seo.

Fail demo selalunya dibekalkan oleh penerbit tema jika ianya dibeli secara sah, anda dapat install dan impor reka bentuk seperti yang ditawarkan pada paparan laman utama, paparan blog dan paparan borang mel. Termasuk shortcode yang digunakan didalamnya.

Rujuk pada dokumentasi untuk mudahkan impor data dan reka bentuk laman web.

Penyesuaian reka bentuk tema yang tidak dibekalkan dengan fail demo adalah mengikut kreatifiti samada menggunakan kepakaran khas dalam html, php, javascripts untuk bina borang mel dan cipta reka bentuk, atau manfaatkan kemudahan pemalam dan install apa yang diperlukan.

Terima kasih sebab melawat dan sudi membaca:

PETUA MEMILIH TEMA WORDPRESS

BLOG PAKAR SEO MALAYSIA PAKAR WORDPRESS MALAYSIA PAKAR CPANEL HOSTING MALAYSIA

ABDUL ROZAK

Juru gambar - Pentadbir hosting.

Halo... Saya Abdul Rozak.

Saya wujudkan blog untuk mudahkan saya buat rujukan, tegurlah apa-apa maklumat yang kurang tepat. Saya sangat hargainya...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

BLOG BERKAITAN:
CARA BINA WORDPRESS PELAYAN WEB APACHE - OS UBUNTU

Bina WordPress pada pelayan web Apache dikenal dengan istilah wp lamp stack yang merujuk kepada Linux, Apache, MySQL dan php. Ubuntu pula adalah sebuah sistem edaran linux (sistem pengendalian inti/kernel pada linux) berdasarkan Debian. Apache dicipta terlebih dahulu berbanding nginx (engine x / lemp stack), berdasarkan kerumitanya bina WordPress pada pelayan apache adalah lebih mudah […]

CARA PASANG APACHE PADA PELAYAN CENTOS

Apache adalah sebuah perisian pelayan web sumber terbuka percuma dibangunkan dibawah naungan Apache Software Foundation, memasangnya pada pelayan membolehkan  laman web diakses menggunakan http port lalai 80 dan https port lalai 443. Perisian Apache menyokong pelbagai ciri, diantaranya; Perl, Python, Tcl dan PHP. Dibawah adalah baris perintah cara pasang/install apache pada pelayan peribadi maya (vps) […]

CARA INSTALL NANO

Nano yang dilesenkan dibawah GNU GPL adalah sebuah aplikasi penyunting teks berasaskan terminal. Saya menggunakanya untuk edit pelbagai format fail pada pelayan peribadi maya (vps) antara lain; .text, .html, .php dan .conf. Selain Nano, Vim dan Micro adalah aplikasi lain yang memiki fungsi sama. Sila login vps sebelum mula: Cara Login VPS Menggunakan Putty Melalui […]

CARA MENGGUNAKAN FILEZILLA PADA VPS

FileZilla membolehkan pengguna mencapai ruang cakera keras, muat turun dan edit fail, muat naik fail dan padam fail pada pelayan peribadi maya (vps) dengan mudah. Beza penggunaan filezilla pada web hosting dan vps ada pada protokol yang diguna. Web hosting menggunakan protokol ftp, vps menggunakan protokol SSH. Blog berkaitan: Cara Login VPS Menggunakan Putty Melalui […]

PERKARA ASAS VPS

Vps (Virtual Private Server - Pelayan Pribadi Maya) merupakan salah satu bentuk perkhidmatan web hosting bersifat separuh berdedikasi, dibina dengan cara membahagi ruang cakera keras, kuasa dan perkakasan pelayan secara berasingan. Dedicated server pula merupakan perkhidmatan web hosting yang berdedikasi, hanya terdapat satu akaun pada satu pelayan. Beza antara vps dengan hosting yang dikongsi (shared […]

PENAJA:


MALAYSIA WEB HOSTING

MEDIA SOSIAL:

Tema tersuai.
folder-open-o