rozak.NET

MALAYSIA WEB HOSTING
MENU

PEMALAM WORDPRESS YANG DISYORKAN

Oleh: Abdul Rozak pada 
Julai 8, 2018

Blog siri keempat, sebelum ini PETUA MEMILIH TEMA WORDPRESS.

Pemalam atau plugin pada WordPress diguna untuk menambah kemudahan yang tidak dibekalkan pada skrip asal wp dan tema yang dipasang. Sesetengah tema dibina didalamnya dengan kemudahan seo dan borang mel atau kemudahan yang lain seperti pembina halaman (Page Builder). Pada tema seperti ini tidak perlukan pemalam bercirikan seo, borang mel dan pembina halaman.

Terdapat juga tema yang direka menggunakan pemalam dari pihak ketiga, dalam hal ini penerbit akan mengesyorkan kepada pengguna supaya menambah pemalam tertentu dan membekalkan fail demo untuk dapatkan reka bentuk yang ditawarkan.

Pada tema percuma selalunya direka secara asas tidak dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan yang sudah saya sebutkan, penerbit juga tidak menyebutkan pemalam tertentu sebagai bahan yang disyorkan. Pengguna perlu menambah pemalam untuk dapatkan reka bentuk yang lebih menarik dan mesra seo. Dibawah adalah beberapa kategori pemalam yang wajib ada pada sistem WordPress yang dibangunkan.

PEMALAM WORDPRESS YANG DISYORKAN PAKAR WORDPRESS MALAYSIA PAKAR SEO MALAYSIA

PEMALAM WORDPRESS YANG DISYORKAN

1.PLUGIN SEO

Pemalam seo sangat penting untuk menaikkan peringkat laman web pada laman carian seperti google, yahoo, bing dan yandex. Setakat ini plugin berasaskan seo percuma yang paling popular adalah Yoast disusul dengan All in One seo. Ciri kedua pemalam ini secara keseluruhanya hampir sama mengandungi kemudahan untuk buat meta, meta laman sosial, meta pengesahan akaun webmaster, sitemap.xml dan alat edit fail. Kedua-dua pemalam percuma ini boleh naik taraf ke plugin yang berbayar.

Terdapat perbezaan dimana yoast telah melumpuhkan meta kata kunci diawal 2018 atas sebab ia tidak lagi dikaitkan dalam menaikkan peringkat seo, pesaingnya all in one seo sehingga pos ini dibuat masih menggunakan meta kata kunci (keywords). Perbezaan lain yoast membenarkan pengguna menambah tajuk dan meta penerangan untuk keseluruhan laman web, sementara itu all in one seo hanya membekalkan kemudahan meta untuk laman utama, halaman dan pos sahaja dan dikehendaki naik taraf ke pelan berbayar untuk dapatkan kemudahan meta pada laman arkib, tag dan kategori.

Simak semula pos: PANDUAN ASAS WORDPRESS.

Selain dua pemalam ini masih ada banyak plugin seo percuma dan berbayar, simak review para penggunanya dan pertimbangkan apa yang ditawarkan.

2.PAGE BUILDER

Pemalam ini sangat popular dalam kalangan pengguna profesional, ia membolehkan anda mencipta struktur reka bentuk halaman dengan mudah. Elementor dan SiteOrigin adalah pemalam percuma paling popular ketika ini, dalam pengalaman saya sendiri telah meninggalkan elementor atas sebab ia dibangunkan di Israel walaupun saya merasakan elementor adalah pemalam pembina halaman terbaik versi percuma.

Saya syorkan menggunakan pemalam WP Bakery berbanding menggunakan elementor kerana hasil akhir pembinaan lebih menarik, baru-baru ini wp bakery juga telah mengedarkan pemalam versi percuma.

3.SHORTCODE

Pemalam shortcode membantu anda mencipta struktur reka bentuk halaman, beza antara pemalam Page Builder (pembina halaman) dan pemalam shortcode terletak pada fungsi. Plugin pembina halaman membolehkan pengguna mencipta halaman daraipada kosong, menambah background, mencipta kawasan pengepala/header dan kaki/footer. Pemalam shortcode hanyalah fokus pada kandungan sahaja.

4.PEMALAM BERDASARKAN CACHE

Plugin ini adalah senarai kedua paling wajib diguna dalam WordPress tetapi pemasanganya selepas pembinaan siap. W3 total cache, Wp super cache dan WP fastest cache adalah antara pemalam percuma yang popular. Wp super cache dipilih kerana sistem kawalanya yang mudah dikendalikan sementara w3 total cache dan wp fastest cache memiliki ciri yang lebih untuk mendapatkan hasil yang optimal seperti kemudahan memampatkan laman web.

5.PEMALAM BORANG MEL

Tidak lengkap rasanya bila laman web tiada halaman untuk menghubungi admin, pemalam seperti Contact Form7 memudahkan anda mencipta borang mel. Pemalam ini juga memiliki kuasa untuk buat borang tempahan yang dihantar terus ke alamat e-mel, hanya perlu sesuaikan selepas mengaktifkan.

Hosting terbaik untuk WordPress: PAKAR HOSTING MALAYSIA.

6.ANTI SPAM

Semua sistem laman web yang berasaskan blog pasti akan mengalami masalah komen spam lebih lagi jika ada menggunakan pemalam dan tema crack/nulled dan tidak dikemaskini. Plugin anti spam akan mereda komen spam meski ia tidak berkesan 100% sebab ada suatu masa spam dilancarkan dengan begitu teruk.

AKSESORI

Butang share dan ikon laman social adalah antara ciri-ciri tambahan untuk menambah paparan laman web lebih menarik, ada banyak lagi aksesori lain selain 2 jenis ini seperti komen fb dan aksesori lain-lain yang boleh dipasang. Akan tetapi perlu merujuk kepada asas yang mana menyebutkan bahwa jumlah skrip dan database yang dijalankan akan pengaruhi masa tindak balas laman web, oleh itu senantiasa pertimbang sebelum install pemalam.

Terima kasih sebab melawat dan sudi membaca:

PEMALAM WORDPRESS YANG DISYORKAN

BLOG PAKAR SEO MALAYSIA PAKAR WORDPRESS MALAYSIA PAKAR CPANEL HOSTING MALAYSIA

ABDUL ROZAK

Juru gambar - Pentadbir hosting.

Halo... Saya Abdul Rozak.

Saya wujudkan blog untuk mudahkan saya buat rujukan, tegurlah apa-apa maklumat yang kurang tepat. Saya sangat hargainya...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

PENAJA:


MALAYSIA WEB HOSTING

MEDIA SOSIAL:

CARIAN:

Akan dikemaskini..

BLOG BERKAITAN:
CARA MENGGUNAKAN PENYUNTING GUTENBERG PADA WORDPRESS

Penyunting Gutenberg pertamakali dikenalkan didalam WordCamp Erope 2017 di Paris dan akan menggantikan penyunting sedia ada TinyMCE. Penyunting Gutenberg memiliki ciri yang jauh berbeza berbanding tinyMCE dan akan mula dipasang pada WordPress versi v5.0, pada masa ini penyunting gutenberg masih dalam versi beta dan boleh didapati dalam bentuk plugin. 'IMAGE COVER' TEKS + PAUTAN Gutenberg […]

CARA BINA WORDPRESS PELAYAN WEB APACHE - OS UBUNTU

Bina WordPress pada pelayan web Apache dikenal dengan istilah wp lamp stack yang merujuk kepada Linux, Apache, MySQL dan php. Ubuntu pula adalah sebuah sistem edaran linux (sistem pengendalian inti/kernel pada linux) berdasarkan Debian. Apache dicipta terlebih dahulu berbanding nginx (engine x / lemp stack), berdasarkan kerumitanya bina WordPress pada pelayan apache adalah lebih mudah […]

CARA INSTALL NANO

Nano yang dilesenkan dibawah GNU GPL adalah sebuah aplikasi penyunting teks berasaskan terminal. Saya menggunakanya untuk edit pelbagai format fail pada pelayan peribadi maya (vps) antara lain; .text, .html, .php dan .conf. Selain Nano, Vim dan Micro adalah aplikasi lain yang memiki fungsi sama. Sila login vps sebelum mula: Cara Login VPS Menggunakan Putty Melalui […]

CARA MENGGUNAKAN FILEZILLA PADA VPS

FileZilla membolehkan pengguna mencapai ruang cakera keras, muat turun dan edit fail, muat naik fail dan padam fail pada pelayan peribadi maya (vps) dengan mudah. Beza penggunaan filezilla pada web hosting dan vps ada pada protokol yang diguna. Web hosting menggunakan protokol ftp, vps menggunakan protokol SSH. Blog berkaitan: Cara Login VPS Menggunakan Putty Melalui […]

PAKAR SEO MALAYSIA

Akan diterbitkan tidak lama lagi...

Tema tersuai.