rozak.NET

PANDUAN ASAS WORDPRESS

Oleh: Abdul Rozak pada 
Julai 4, 2018
PANDUAN ASAS PAKAR WORDPRESS MALAYSIA

Panduan asas WordPress Bahasa Melayu

Blog susulan dari bahagian pertama MEMAHAMI WORDPRESS.

Ramai yang setuju dengan pendapat yang menyatakan WordPress adalah sistem paling sesuai untuk membangunkan pelbagai laman web, kemudahan yang ditawarkan membolehkan pengguna membina laman web bercirikan portfolio, sistem e-dagang, blog dan laman web korporat. Selain reka bentuk yang menarik WordPress juga sangat diminati kerana sokongan SEO yang lebih berkesan.

Dibawah adalah perkara penting yang harus dibuat selepas membangunkan sistem wp.

  1. Mentapkan tajuk utama dan penerangan laman.
  2. Menetapkan zon masa dan bahasa, tetapan bahasa memudahkan pelayar mengenalpasti bahasa penulisan.
  3. Menetapkan struktur pautan, pautan yang mengandungi tajuk seperti //rozak.net/tajuk-pos adalah lebih baik dari segi seo.
  4. Memasang tema.
  5. Menambahkan pemalam/plugins untuk dapatkan ciri-ciri tambahan.

Nota:.

Sentiasa menggunakan tema dan pemalam yang diperolehi dari pengedar yang sah sahaja dan senantiasa dikemaskini untuk mengelak sebarang masalah yang banyak berlaku seperti; suntikan skrip haram yang akan mendatangkan masalah spam dan lebih teruk lagi penggodaman.

Muat turun tema dan pemalam disini dan dapatkan idea dalam membangunkan WordPress.

CARA GUNA WORDPRESS

Menambah tema.

  1. Login pemuka admin.
  2. Pilih Reka bentuk - Tema - tambah baharu, anda boleh terus install tema yang disediakan atau muat naik tema premium. Pilih muat naik untuk keluarkan alat memuat naik fail, muat naik tema juga dapat dibuat menggunakan ftp pada HOSTING, pilihan ini disyorkan untuk saiz fail tema lebih dari 2MB.
  3. Aktifkan tema  pada laman Reka bentuk - Tema selepas muat naik fail + unzip.

Nota:.

Sesuaikan tetapan tema untuk dapatkan reka bentuk seperti yang diharapkan, rujuk fail dokumentasi untuk mudahkan kerja.

Blog siri ketiga: PETUA MEMILIH TEMA WORDPRESS.

Menambah plugins/pemalam.

  1. Pilih Pemalam - tambah baharu, install dan aktifkan pemalam untuk dapatkan ciri-ciri tambahan yang diperlukan. Pilih muat naik untuk muat naik pemalam/plugins premium.
  2. Aktifkan pemalam selepas install atau muat naik fail + unzip, sesuaikan tetapan pemalam untuk dapatkan ciri-ciri yang diperlukan.

Nota;.

Tambah dan aktifkan pemalam yang diperlukan sahaja, menyimak ulasan pengguna sebelum menambah sesebuah pemalam adalah lebih baik untuk dapatkan maklumbalas. Pada asasnya pemalam dan tema akan buat hosting menjalankan skrip dan database diluar skrip asal wordpress, ia akan pengaruhi masa tindak balas laman web.

Blog siri keempat: PEMALAM WORDPRESS YANG DISYORKAN.

Menambah widget.

  1. Pilih Reka bentuk - widgets.
  2. Pilih widget untuk dipaparkan pada bahagian sisi (sidebar) dan bawah (footer).
  3. Simpan.

Menambah halaman.

  1. Pilih halaman - tambah baharu.
  2. Buat tajuk halaman.
  3. Struktur penulisan artikel boleh dibuat menggunakan paragraph dan pengepala.
  4. Gunakan alat tambah media untuk muat naik fail.
  5. Penulisan kod html boleh dibuat dengan meukar borang kepada mod/format Text.
  6. Imej terencana diguna untuk memaparkan treler.
  7. Pilih butang simpan draft atau terus menerbitkanya menggunakan butang penerbitan.

Menambah pos.

  1. Pilih Kiriman - kiriman baharu.
  2. Konsep penulisan adalah sama seperti cara manambah halaman.
  3. Tambah kategori dan tag yang diperlukan.
  4. Simpan sebagai draft atau terus terbitkan.

Menambah menu.

  1. Pilih Reka bentuk -Menu.
  2. Cipta nama-menu baharu.
  3. Tambah menu daripada halaman, laman pos, kategori dan pautan tersuai.
  4. Simpan.
  5. Pilih Urus lokasi untuk memaparkanya pada header atau footer.

 

Terima kasih sebab melawat dan sudi membaca:

PANDUAN ASAS WORDPRESS

BLOG PAKAR SEO MALAYSIA PAKAR WORDPRESS MALAYSIA PAKAR CPANEL HOSTING MALAYSIA

ABDUL ROZAK

Juru gambar - Pentadbir hosting.

Halo... Saya Abdul Rozak.

Saya wujudkan blog untuk mudahkan saya buat rujukan, tegurlah apa-apa maklumat yang kurang tepat. Saya sangat hargainya...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

BLOG BERKAITAN:
CARA BINA WORDPRESS PELAYAN WEB APACHE - OS UBUNTU

Bina WordPress pada pelayan web Apache dikenal dengan istilah wp lamp stack yang merujuk kepada Linux, Apache, MySQL dan php. Ubuntu pula adalah sebuah sistem edaran linux (sistem pengendalian inti/kernel pada linux) berdasarkan Debian. Apache dicipta terlebih dahulu berbanding nginx (engine x / lemp stack), berdasarkan kerumitanya bina WordPress pada pelayan apache adalah lebih mudah […]

CARA PASANG APACHE PADA PELAYAN CENTOS

Apache adalah sebuah perisian pelayan web sumber terbuka percuma dibangunkan dibawah naungan Apache Software Foundation, memasangnya pada pelayan membolehkan  laman web diakses menggunakan http port lalai 80 dan https port lalai 443. Perisian Apache menyokong pelbagai ciri, diantaranya; Perl, Python, Tcl dan PHP. Dibawah adalah baris perintah cara pasang/install apache pada pelayan peribadi maya (vps) […]

CARA INSTALL NANO

Nano yang dilesenkan dibawah GNU GPL adalah sebuah aplikasi penyunting teks berasaskan terminal. Saya menggunakanya untuk edit pelbagai format fail pada pelayan peribadi maya (vps) antara lain; .text, .html, .php dan .conf. Selain Nano, Vim dan Micro adalah aplikasi lain yang memiki fungsi sama. Sila login vps sebelum mula: Cara Login VPS Menggunakan Putty Melalui […]

CARA MENGGUNAKAN FILEZILLA PADA VPS

FileZilla membolehkan pengguna mencapai ruang cakera keras, muat turun dan edit fail, muat naik fail dan padam fail pada pelayan peribadi maya (vps) dengan mudah. Beza penggunaan filezilla pada web hosting dan vps ada pada protokol yang diguna. Web hosting menggunakan protokol ftp, vps menggunakan protokol SSH. Blog berkaitan: Cara Login VPS Menggunakan Putty Melalui […]

PERKARA ASAS VPS

Vps (Virtual Private Server - Pelayan Pribadi Maya) merupakan salah satu bentuk perkhidmatan web hosting bersifat separuh berdedikasi, dibina dengan cara membahagi ruang cakera keras, kuasa dan perkakasan pelayan secara berasingan. Dedicated server pula merupakan perkhidmatan web hosting yang berdedikasi, hanya terdapat satu akaun pada satu pelayan. Beza antara vps dengan hosting yang dikongsi (shared […]

PENAJA:


MALAYSIA WEB HOSTING

MEDIA SOSIAL:

PANDUAN ASAS WORDPRESS Hak cipta ©.
Tema tersuai.
folder-open-o