rozak.NET

MALAYSIA WEB HOSTING
MENU

CARA BINA WORDPRESS PELAYAN WEB APACHE - OS UBUNTU

Oleh: Abdul Rozak pada 
Julai 31, 2018

Bina WordPress pada pelayan web Apache dikenal dengan istilah wp lamp stack yang merujuk kepada Linux, Apache, MySQL dan php. Ubuntu pula adalah sebuah sistem edaran linux (sistem pengendalian inti/kernel pada linux) berdasarkan Debian. Apache dicipta terlebih dahulu berbanding nginx (engine x / lemp stack), berdasarkan kerumitanya bina WordPress pada pelayan apache adalah lebih mudah berbanding pada  nginx. Ini disebabkan apache merupakan sebuah pakej pelayan web lengkap dengan modul aturcara.

Dibawah adalah beberapa perkara yang perlu dibuat sebelum pasang WordPress pada pelayan peribadi maya (vps);.

  1. Cara Pasang Firewall.
  2. Pasang nano penyunting teks, disini.
  3. Blog yang berkaitan; Panduan Asas Vps.
CARA BINA WORDPRESS PELAYAN WEB APACHE - OS UBUNTU VPS MALAYSIA VPS MALAYA SISTEM PENGENDALIAN UBUNTU PAKAR WORDPRESS MALAYSIA

how to install wp mariadb apache2

CARA BINA WORDPRESS VPS - UBUNTU - APACHE + SSL

1.Pasang Apache sistem pengendalian Ubuntu disini.
2.Ubah suai konfigurasi apache dan beri kebenaran kepada fail .htaccess;.

nano /etc/apache2/apache2.conf

Simpan kod dibawah kedalamnya;.

<Directory /var/www/html/>
    AllowOverride All
</Directory>

3.Semak apache;.

apache2ctl configtest

4.Mula semula apache;.

systemctl restart apache2

5.Pasang Let's encrypt dan sijil ssl/tls percuma disini.

6.Pasang MySQL disini, pilihan lain adalah MariaDB disini.

7.Buat sebuah database, pengguna dan kata laluanya;.

CREATE DATABASE dbae835i DEFAULT CHARACTER SET utf8 COLLATE utf8_unicode_ci;
GRANT ALL ON dbae835i.* TO 'pakarvps'@'localhost' IDENTIFIED BY 'rozaknetSECu1';
Flush privileges;
exit;

Nota: Tukar Nama db dbae835i, pengguna pakarvps dan kata laluan rozaknetSECu1 dengan yang lebih selamat mengikut piawaian.
8.Pasang php disini.
9.Pasang ektensi php yang berkaitan dengan WordPress;.

apt-get install php-curl php-gd php-mbstring php-mcrypt php-xml php-xmlrpc

10.Enable rewrite, tujuanya untuk pengubahsuaian permalink;.

a2enmod rewrite

11.Akses direktori tmp;.

cd /tmp

12.Muat turun WordPress;.

wget https://wordpress.org/latest.tar.gz

13.Ekstrak fail WP;.

tar xzvf latest.tar.gz

14.Buat fail .htaccess dan chmod 660;.

touch /tmp/wordpress/.htaccess
chmod 660 /tmp/wordpress/.htaccess

15.Buat direktori upgrade;.

mkdir /tmp/wordpress/wp-content/upgrade

16.Salin semua folder dan fail WordPress dan simpan dalam direktori laman web;.

cp -a /tmp/wordpress/. /var/www/html

17.Chmod -R www-data pada direktori laman web, tujuanya untuk dapatkan kebenaran pasang pemalam/plugins dan tema;.

chown -R www-data /var/www/html

18.Chmod g+w direktori wp-content;.

chmod g+w /var/www/html/wp-content

19.Chmod -R g+w direktori plugins dan themes;.

chmod -R g+w /var/www/html/wp-content/plugins
chmod -R g+w /var/www/html/wp-content/themes

20.Buka laman web untuk buat pembinaan worpress.
21.Isi borang mengikut maklumat database dan hantar.

22.Salin semua kod konfigurasi yang dijana oleh skrip pemasangan.

23.Buat fail wp-config.php menggunakan terminal ssl, tampal semuai kod dan simpan;.

nano /var/www/html/wp-config.php

24.Kembali pada laman pemasangan dan teruskan proses pembinaan;.

25.Isi maklumat laman web dan pentadbirnya, teruskan proses pemasangan.

26.Login sebagai pentadbir, ubah suai permalink dan semak sama ada ia berfungsi sepenuhnya. Tambah sebuah pemalam/plugin. Bilamana sistem perlukan maklumat ftp, edit fail wp-config.php menggunakan nano dan masukkan kod dibawah, seterusnya simpan;.

define('FS_METHOD','direct');
CARA BINA WORDPRESS PELAYAN WEB APACHE - OS UBUNTU VPS MALAYSIA VPS MALAYA SISTEM PENGENDALIAN UBUNTU PAKAR WORDPRESS MALAYSIA

Bina WordPress Pada Pelayan Peribadi Maya

Terima kasih sebab melawat dan sudi membaca:

CARA BINA WORDPRESS PELAYAN WEB APACHE - OS UBUNTU

BLOG PAKAR SEO MALAYSIA PAKAR WORDPRESS MALAYSIA PAKAR CPANEL HOSTING MALAYSIA

ABDUL ROZAK

Juru gambar - Pentadbir hosting.

Halo... Saya Abdul Rozak.

Saya wujudkan blog untuk mudahkan saya buat rujukan, tegurlah apa-apa maklumat yang kurang tepat. Saya sangat hargainya...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

PENAJA:


MALAYSIA WEB HOSTING

MEDIA SOSIAL:

CARIAN:

Akan dikemaskini..

BLOG BERKAITAN:
CARA MENGGUNAKAN PENYUNTING GUTENBERG PADA WORDPRESS

Penyunting Gutenberg pertamakali dikenalkan didalam WordCamp Erope 2017 di Paris dan akan menggantikan penyunting sedia ada TinyMCE. Penyunting Gutenberg memiliki ciri yang jauh berbeza berbanding tinyMCE dan akan mula dipasang pada WordPress versi v5.0, pada masa ini penyunting gutenberg masih dalam versi beta dan boleh didapati dalam bentuk plugin. 'IMAGE COVER' TEKS + PAUTAN Gutenberg […]

CARA PASANG PHP PADA PELAYAN PERIBADI MAYA CENTOS

Dibawah adalah cara pasang php dan module yang berkaitan pada pelayan sistem pengendalian CentOS. Php juga merupakan komponen penting dalam membangunkan laman web contohnya WordPress. Blog yang berkaitan dengan cara pasang php;. Panduan Asas Vps. Cara Pasang Apache CentOS. Cara Pasang Nginx CentOS Cara Pasang Nano. Cara Pasang MariaDB CentOS Pasang php pada pelayan centos […]

CARA PASANG MARIADB VPS SISTEM PENGENDALIAN CENTOS

Satu lagi pilihan selain menggunakan MySQL untuk menguruskan hubungan pangkalan data pada pelayan. MariaDB adalah sebuah sistem pengurusan hubungan pangkalan data atau dikenal dengan RDBMS - Relational Database Management System, memiliki ciri yang boleh dikatakan hampir 100% sama dengan ciri yang ada pada mysql. Berbanding mysql, mariadb dipercayai lebih selamat dan lebih stabil kerana dapat […]

CARA PASANG MYSQL VPS SISTEM PENGENDALIAN CENTOS

Seperti yang telah saya ceritakan disini MySQL adalah sebuah sistem pengurusan hubungan pangkalan data (Relational Database Management System - RDBMS) sumber terbuka diasaskan oleh Michael Widenius atau dikenal sebagai Monty. Mysql banyak digunakan dalam membangunkan laman web dan menjadi komponen yang terpenting. Dibawah adalah perkara yang berkaitan dengan mysql pada pelayan sistem pengendalian CentOS. Panduan […]

CARA BINA WORDPRESS PADA PELAYAN WEB NGINX - OS UBUNTU

Bina WordPress pada pelayan web nginx juga dikenali dengan istilah WP Lemp yang membawa maksud Linux, Engine x atau nginx, MySQL dan php. Sepertimana apache nginx juga memiliki ramai peminat dan menjadikanya pilihan pertama berbanding yang lain. Dibawah adalah panduan cara bina WordPress pelayan peribadi maya (vps) menggunakan pelayan web engine x. Ada beberapa perkara […]

Tema tersuai.