PAKAR SEO MALAYSIA LOGO
ABDUL ROZAK
@rozakdotnet

CARA PASANG SSL PERCUMA LET'S ENCRYPT NGINX - CENTOS 7

Dibawah adalah panduan asas vps cara pasang certbot dan sijil ssl daripada Let's Encrypt pada pelayan web http Nginx sistem operasi CentOS 7.

Tidak diragui, kemunculan Let's Encrypt telah memberi banyak perubahan dalam industri web hosting, ia telah menjadikan sijil ssl perkara wajib dalam membangunkan laman web dan blog.

Langkah permulaán adalah pasang pelayan web http Nginx, digalakkan buat konfigurasi virtual host. Pastikan sambungan https port 443 dibenarkan pada firewall.

Pasang ssl Let's Encrypt Nginx - CentOS

CARA PASANG SSL PERCUMA LET'S ENCRYPT PELAYAN WEB NGINX SISTEM OPERASI CENTOS 7

1.Sambungkan perisian klien ssh dengan pelayan, cara buat id pengguna pelayan disini.

2.Pasang Epel jika perlu;.

sudo yum install epel-release

3.Pasang certbot dan modul ssl;.

sudo yum install certbot python2-certbot-nginx mod_ssl

4.Pasang ssl, pelayan akan hantar permohonan kepada Let's Encrypt untuk keluarkan sijil ssl.

sudo certbot --apache -d rozak.net -d www.rozak.net

Hantar alamat e-mel pentadbir, teruskan konfigurasi ssl hingga selesai. Sijil ssl akan tamat dalam masa 90 selepas dikeluarkan.

Perkhidmatan Pakar Hosting (hosting sijil percuma) disini.

5.Mulakan semula pelayan web http Nginx;.

sudo systemctl restart nginx

Semak pautan https menggunakan pelayar web.

6.Cara memparbaharui sijil ssl, disyorkan buat pembaharuan 1-7 hari sebelum tamat tempoh;.

Tawaran cloud vps bermula $2.5 sebulan disini.

sudo certbot renew

7.Cara memperbaharui sijil secara automatik;.

Jadikan nano sebagai editor;.

export EDITOR=nano

Buat cronsjob untuk Let's Encrypt;.

sudo crontab -e

Bubuh kod ini, cronsjob akan memulakan proses pembaharuan sijil setiap hari isnin tengah malam.

0 0 * * 1 / usr / bin / certbot renew >> /var/log/sslrenew.log

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *