CARA PASANG SSL PERCUMA LET'S ENCRYPT APACHE - CENTOS 7
Let's encrypt ialah sebuah program sijil percuma yang mulai dibentuk pada tahun 2014 sebagai kempen pentingnya keselamatan laman web. Kemunculan Let's Encrypt sebagai pengeluar sijil ssl (memberi banyak perubahan dalam industri web hosting).
Dibawah adalah panduan asas vps cara pasang certbot dan sijil ssl daripada Let's Encrypt pelayan web http Apache sistem operasi CentOS.

Langkah permulaan adalah pasang apache dan digalakkan buat konfigurasi virtual host, pastikan sambungan https port 443 dibenarkan pada firewall.
CARA PASANG SSL PERCUMA LET'S ENCRYPT PELAYAN WEB APACHE SISTEM OPERASI CENTOS 7
1.Sambungkan perisian klien ssh dengan pelayar, cara buat id pengguna vps disini.
2.Pasang Epel jika perlu;.
sudo yum install epel-release
3.Pasang certbot dan modul ssl;.
sudo yum install certbot python2-certbot-apache mod_ssl
4.Pasang ssl, pelayan akan hantar permohonan kepada Let's Encript untuk keluarkan sijil ssl.
sudo certbot --apache -d rozak.net -d www.rozak.net
Isi borang e-mel pentadbir sijil, teruskan konfigurasi ssl hingga selesai. Sijil ssl akan tamat dalam masa 90 hari selepas dikeluarkan.
5.Mulakan semula pelayan web http Apache - CentOS.
sudo systemctl restart httpd
Semak pautan https menggunakan pelayar web.
6.Cara memperbaharui sijil ssl;.
Perkhidmatan Pakar Hosting (hosting ssl percuma) disini.
sudo certbot renew
7.Cara memperbaharui sijil secara automatik;.
Jadikan nano sebagai editor;.
export EDITOR=nano
Buat cronsjob;.
sudo crontab -e
Bubuh kod ini, cronsjob akan memulakan proses pembaharuan sijil ssl setiap hari isnin pada tengah malam;.
0 0 * * 1 / usr / bin / certbot renew >> /var/log/sslrenew.log