PAKAR SEO MALAYSIA LOGO
ABDUL ROZAK
@rozakdotnet

CARA PASANG PHP7.3 PELAYAN APACHE2 - UBUNTU

Hypertext Processor (php) adalah sebuah bahasa penskripan sumber terbuka pertama kali ditulis oleh Rasmus Lerdorf pada tahun 1994. Php memiliki kelebihan yang mana kodnya boleh diaturcara bersama kod Html.

Dibawah adalah panduan asas vps cara pasang php pelayan web http Apache sistem operasi Ubuntu. Langkah awal sebelum memulakan panduan ini ialah pasang Pelayan Apache2.

PANDUAN ASAS CARA PASANG PHP UBUNTU
PANDUAN ASAS CARA PASANG PHP UBUNTU

CARA PASANG PHP VERSI TERKINI 7.3 PELAYAN WEB HTTP APACHE2 SISTEM OPERASI UBUNTU

1.Sambungkan perisian klien ssh dengan pelayan, cara buat id pengguna vps Ubuntu disini.

2.Pasang pakej yang berkaitan dengan php;.

sudo apt install software-properties-common
sudo add-apt-repository ppa:ondrej/php

3.Kemaskini dan naik taraf pelayan;.

sudo apt update
sudo apt upgrade

4.Cara pasang php7.3 dalam pelayan Ubuntu;.

sudo apt install php7.3

5.Cara semak ekstensi php yang tersedia;.

Perkhidmatan Pakar Hosting disini.

apt search php-

6.Cara pasang ekstensi php;.

sudo apt install php-ekstensi1 php-ekstensi2 php-ekstensi3

Mulakan semula Apache2 bila perlu;.

sudo systemctl start apache2

7.Cara semak versi php dalam pelayan;.

php -v

8.Buat fail php untuk semak versi php dan ekstensinya atas talian;.

sudo nano /var/www/dev.rozak.net/info.php

Panduan blok pelayan UBUNTU boleh didapati disini.

Bubuh kod dibawah ini dan simpan;.

<?php phpinfo(); ?>

Semak fail tersebut atas talian http://dev,rozak.net/info.php .

Leave a Reply

Your email address will not be published.