CARA PASANG PHP 7.3 PELAYAN APACHE - CENTOS
Hypertext Processor (pada mulanya dinamai Personal Home Page) yang lebih dikenali dengan php adalah sebuah bahasa penskripan sumber terbuka dicipta pada tahun 1994 oleh Rasmus Lerdorf. Penskripan php mempunyai ciri yang mana kodnya boleh diaturcara bersama kod html.
Dibawah adalah panduan asas vps cara pasang php versi terkini 7.3 pelayan web apache sistem operasi CentOS.
Blog berkaitan: cara pasang pelayan web http apache - centos 7 disini.

CARA PASANG PHP V7.3 PELAYAN WEB APACHE SISTEM OPERASI CENTOS
1.Sambungkan perisian klien ssh dengan pelayan, cara buat id pengguna vps disini.
2.Amnya dalam CentOS sudah masuk sekali Epel, boleh pasang semula untuk pastikan ianya ada dalam pelayan;.
sudo yum install https://dl.fedoraproject.org/pub/epel/epel-release-latest-7.noarch.rpm
3.Pasang remi;.
sudo yum install http://rpms.remirepo.net/enterprise/remi-release-7.rpm
4.Pasang Yum-utils;.
sudo yum install yum-utils
Pakej php lalai ketika ini adalah v5+.
5.Pasang pakej php versi 7.3;.
sudo yum-config-manager --enable remi-php73
Tukar nilai 73 jika berkehendak dengan versi lain, contoh 72 71 ataupun versi sebelum 73.
Perkhidmatan Pakar Hosting disini.
6.Cara semak ekstensi php;.
sudo yum search php-
7.Pasang php dan ekstensi yang diperlukan;.
sudo yum install php php-ekstensi1 php-ekstensi2
Contoh ' install php php-mcrypt php-mysql'.
8.Cara semak versi php dalam pelayan;.
php -v
9.Mulakan semula pelayan web http apache;.
sudo systemctl restart httpd
10.Buat sebuah fail php dalam direktori tapak web dan edit, panduan penuh disini.
sudo nano /var/www/rozak.net/info.php
Bubuh kod dibawah dan simpan;.
<?php phpinfo(); ?>
Buka fail menggunakan pelayar web http://rozak.net/info.php