CARA PASANG PELAYAN APACHE2 UBUNTU
Dibawah adalah panduan asas vps cara pasang pelayan web http Apache2 sistem operasi CentOS, panduan asas pasang pelayan web Apache CentOS disini.
Apache pernah menjadi pelayan http paling banyak diguna dalam industri web hosting (perkongsian), prestasi LiteSpeed telah merubah pendirian penyedia web hosting beralih menggunakan perisian tersebut. Walaubagaimanapun Apache masih menjadi pilihan bagi peminatnya, terutamanya sebab ianya sumber terbuka percuma.

CARA PASANG PELAYAN WEB HTTP APACHE2 UBUNTU
1.Sambungkan perisian klien ssh dengan pelayan, cara buat id pengguna pelayan Ubuntu disini.
2.Kemaskini dan naik taraf pelayan bila perlu;.
sudo apt update
sudo apt upgrade
3.Pasang pelayan web http Apache2 Ubuntu;.
sudo apt install apache2
4.Semak firewall Ubuntu (ufw) dan pastikan tiada sekatan untuk Apache, http port 80 dan https port 443. Panduan asas vps Ubuntu Firewall disini.
5.Buka pautan http://ip-pelayan untuk semak Apache atas talian.
6.Cara semak status Apache;.
sudo systemctl status apache2
7.Cara nyahaktif Apache;.
systemctl stop apache2.service
8.Cara aktifkan Apache;.
sudo systemctl start apache2
9.Cara lumpuhkan Apache, Apache tidak akan aktif selepas memulakan semula pelayan;.
Perkhidmatan Pakar Hosting disini.
sudo systemctl disable apache2
10.Cara pulihkan Apache;.
sudo systemctl enable apache2
11.Cara padam Apache2 daripada pelayan Ubuntu;.
systemctl stop apache2.service
sudo apt remove apache2
sudo apt autoremove apache2
whereis apache2
rm -rf /etc/apache2 /direktoriapacheyanglain