PAKAR SEO MALAYSIA LOGO
ABDUL ROZAK
@rozakdotnet

CARA PASANG OPENLITESPEED DAN PHP 7.3 - CENTOS & UBUNTU

Prestasi pelayan web http LiteSpeed telah membawa perubahan yang mana ramai pembekal web hosting (Linux) beralih daripada pelayan web Apache kepadanya. Beberapa tahun yang lepas LiteSpeed Technology melancarkan OpenLiteSpeed sebuah pelayan web http yang direka menyerupai pendahulunya iaitu LiteSpeed.

Perkhidmatan Pakar Hosting disini.

Perbezaan LiteSpeed dan OpenLiteSpeed umpama pelayan web http percuma dan berbayar (baru-baru ini LiteSpeed mengeluarkan pakej lesen percuma), produk berbayar selalunya memiliki kelebihan berbanding yang percuma. Selain itu OpenLiteSpeed dibuat berasaskan sumber terbuka.

Dibawah adalah panduan asas vps cara pasang pelayan http OpenLiteSpeed dan tetepan konfigurasi asasnya.

CARA PASANG PELAYAN WEB HTTP OPENLITESPEED

1.Sambungkan perisian klien ssh dengan pelayan, cara buat id pengguna vps CentOS disini, Ubuntu disini.

2.Kemaskini dan upgrade pelayan bila perlu;.

CentOS

sudo yum update
sudo yum upgrade

Ubuntu

sudo apt update
sudo apt upgrade

3.Ubahsuai firewall dan benarkan sambungan http (port 80), https (port 443) dan port 7080 (papan pemuka OpenLiteSpeed).

CentOS

sudo firewall-cmd --zone=public --permanent --add-service=http
sudo firewall-cmd --zone=public --permanent --add-service=https
sudo firewall-cmd --zone=public --add-port=7080/tcp --permanent
sudo firewall-cmd --reload 

Ubuntu

sudo ufw allow http
sudo ufw allow https
sudo ufw allow 7080
sudo ufw reload

4.Tambahkan repo OpenLiteSpeed;.

CentOS 5

sudo rpm -Uvh http://rpms.litespeedtech.com/centos/litespeed-repo-1.1-1.el5.noarch.rpm

CentOS 6

sudo rpm -Uvh http://rpms.litespeedtech.com/centos/litespeed-repo-1.1-1.el6.noarch.rpm

CentOS 7

sudo rpm -Uvh http://rpms.litespeedtech.com/centos/litespeed-repo-1.1-1.el7.noarch.rpm

CentOS 8

sudo rpm -Uvh http://rpms.litespeedtech.com/centos/litespeed-repo-1.1-1.el8.noarch.rpm

Debian dan Ubuntu

wget -O - http://rpms.litespeedtech.com/debian/enable_lst_debian_repo.sh | bash

5.Pasang pelayan web http OpenLiteSpeed;.

CentOS

sudo yum install openlitespeed

Debian dan Ubuntu

sudo apt install openlitespeed

Cara aktifkan pelayan web http OpenLiteSpeed;.

/usr/local/lsws/bin/lswsctrl start

Cara nyahaktif pelayan web http OpenLiteSpeed;.

/usr/local/lsws/bin/lswsctrl stop

Buka pautan http://ip-pelayan:7080 menggunakan pelayar web, kata laluan pentadbir (admin) pada tetapan lalai ialah 123456.

Blog saya yang lain: PAKAR VPS.

6.Naik taraf pentadbiran dengan menukar id dan kata laluan pentadbir;.

cd /usr/local/lsws/admin/misc
sudo sh admpass.sh

KONFIGURASI ASAS OPENLITESPEED

7.Buka tetapan Listener pentadbiran OpenLiteSpeed. Semak dan ubahsuai Default Listener.

Konfigurasi OpenLiteSpeed Pelayan Web HTTP

Tukar Listener Name Default dengan HTTP, Tukar port 8080 dengan 80 seterusnya simpan tetapan.

Buat Listener baharu, Listener Name isi dengan HTTPS, Port 443, beri tanda pada pilihan Secure dan simpan.

Konfigurasi sambungan HTTP dan HTTPs

Mulakan semula pelayan web (ikon segarkan) http OpenliteSpeed. Semak konfigurasi atas talian menggunakan pelayar web http://ip-pelayan.

Perisian database untuk pelayan web http OpenLiteSpeed disini.

Versi lalai php dalam pakej OpenLiteSpeed ketika ini ialah 5.6 .

8.Cara pasang PHP versi 7.3 Pelayan web http OpenLiteSpeed;.

CentOS

sudo yum install epel-release
sudo yum install lsphp73 lsphp73-common lsphp73-mysqlnd lsphp73-gd lsphp73-process lsphp73-mbstring lsphp73-xml lsphp73-mcrypt lsphp73-pdo lsphp73-imap lsphp73-soap lsphp73-bcmath
sudo ln -sf /usr/local/lsws/lsphp73/bin/lsphp /usr/local/lsws/fcgi-bin/lsphp5

Debian dan Ubuntu

sudo apt-get install lsphp73
sudo ln -sf /usr/local/lsws/lsphp73/bin/lsphp /usr/local/lsws/fcgi-bin/lsphp5

Buka tetapan Konfigurasi Pelayan (papan pemuka OpenLiteSpeed) => External App. Edit aplikasi lsphp, pastikan borang diisi mengikut panduan dibawah;.

Name = lsphp
Address = uds://tmp/lshttpd/lsphp.sock
Command =  $SERVER_ROOT/lsphp73/bin/lsphp

Tetapan lain boleh disesuaikan mengikut keperluan.

Simpan tetapan tersebut dan mulakan semula peleyan. Kadangkala pertukaran versi php atas talian perlu sedikit masa, mulakan semula pelayan untuk tukar versi php serta merta.

Semak versi php melalui pautan yang dibekalkan pada paparan lalai OpenLiteSpeed.

Blog berkaitan: cara pasang pelayan http LiteSpeed Enterprise disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.