CARA PASANG MYSQL CENTOS7 DAN BUAT DATABASE
MySQL merupakan sebuah sistem pengurusan pangkalan data (RDBMS - Relational database management system) sumber terbuka percuma. Nama MySQL berasal daripada gabungan "My" (anak perempuan Michael Widenius - salah seorang pengasas) dan "SQL" (Structure Query Language).
Perkhidmatan Pakar Hosting disini.
Dibawah adalah panduan asas vps (pelayan peribadi maya) cara pasang MySQL sistem operasi CentOS.

Blog berkaitan: cara pasang pelayan web http Apache sistem operasi CentOS disini, cara pasang pelayan web http Nginx sistem operasi CentOS disini.
CARA PASANG MYSQL SISTEM OPERASI CENTOS7
1.Sambungkan perisian klien ssh dengan pelayan, cara buat id pengguna vps disini.
2.Kemaskini pelayan jika ianya diperlukan;.
sudo yum update
3.Muat turun repo kedalam pelayan;.
wget https://dev.mysql.com/get/mysql80-community-release-el7-3.noarch.rpm
4.Pasang repo dan kemaskini pelayan;.
sudo rpm -ivh mysql80-community-release-el7-3.noarch.rpm sudo yum update
5.Pasang MySQL;.
sudo yum install mysql-server
7.Cara semak status MySQL sistem operasi CentOS;.
sudo systemctl status mysql
8.Cara mulakan MySQL;.
sudo systemctl start mysql
Cara buat MySQL senantiasa aktif selepas memulakan semula pelayan;.
sudo systemctl enable mysql
9.Naik tarak keselamatan MySQL;.
sudo mysql_secure_installation
Buat kata laluan root, padam pengguna anonim, larang akses login dari jauh (remotely login), padam database test, terakhir sekali muat semula privilege dan table.
Cara semak versi MySQL dalam pelayan;.
sudo mysqladmin -u root -p version
CARA BUAT DATABASE SISTEM OPERASI CENTOS
1.Login MySQL;.
sudo mysql -u root -p
2.Buat database;.
create database rozakdbSeC;
3.Cara buat pengguna database dan kata laluanya;.
create user 'pakarVpS'@'localhost' identified by 'seCUReP4ssWord';
4.Tambah pengguna dalam database;.
grant all privileges on rozakdbSeC.* to 'pakarVpS' identified by 'seCUReP4ssWord';
5.Flush privileges;.
flush privileges;
6.Cara paparkan senarai database;.
show databases;
7.Cara paparkan table dalam database;.
use rozakdbSeC;
show tables;
8.Cara paparkan senarai mesej perintah/command MySQL;.
\h
9.Cara keluar daripada MySQL;.
exit;