CARA PASANG LITESPEED DAN PHP 7.3 CENTOS & UBUNTU
Blog saya sebelum ini cara pasang OpenLiteSpeed dan php 7.3, mengikut kajian LiteSpeed berada pada kedudukan ke-4 (Okt 2019) pelayan web http yang paling banyak diguna selepas Apache, Nginx dan IIS (Microsoft). Walaubagaimanapun prestasi LiteSpeed diyakini melebihi ketiga pesaing tersebut. Sekiranya peredaran LiteSpeed dibuat percuma sejak ia dikeluarkan mungkin akan menempati kedudukan yang pertama.
Blog berkaitan: panduan vps.
LiteSpeed dan OpenLiteSpeed dibangunkan oleh syarikat yang sama, OpenLiteSpeed merupakan pelayan http berasaskan pada LiteSpeed versi percuma dan sumber terbuka.
CARA PASANG PELAYAN WEB HTTP LITESPEED
1.Buat permohonan lisensi percubaan disini, muat turun lisensi (trial.key) yang dihantar menerusi e-mel.
2.Kemaskini dan naik taraf pelayan bila perlu.
Centos:
Cara buat pengguna CentOS menjalankan sudo disini.
sudo yum update
sudo yum upgrade
Ubuntu:
Cara buat pengguna Ubuntu menjalankan sudo disini.
sudo apt update
sudo apt upgrade
3.Buka direktori tmp:
cd /tmp
4.Muat turun pemasang pelayan web LiteSpeed;.
wget https://www.litespeedtech.com/packages/5.0/lsws-*.*.*-ent-x86_64-linux.tar.gz
Sesuaikan *.*.* dengan versi semasa.
5.Buka fail tersebut;.
tar xvfz lsws-*.*.*-ent-x86_64-linux.tar.gz
6.Buka direktori pemasangan;.
cd lsws-*.*.*
7.Muat naik lisensi percubaan (trial.key) kedalam direktori tersebut (/tmp/lsws-*.*.*).
8.Mulakan pemasangan;.
sudo ./install.sh
Guna cara ini (menggantikan langkah keempat sehingga langkah 8) untuk pemasangan menggunakan lisensi langganan (dapatkan disini).
sudo bash <( curl https://get.litespeed.sh ) KodLisensi
Semak lisensi yang dipaparkan pada terminal ssh, klik Enter untuk membuka keseluruhan lisensi. Teruskan pemasangan dengan memberi jawapan Yes.
Direktori lalai pelayan LiteSpeed ialah /usr/local/lsws (disyorkan), tukar bila perlu. Teruskan dengan menekan butang Enter.
Saya syorkan menukar nama pentadbir (admin), buat kata laluan dan e-mel pentadbir.
Disyorkan menggunakan nobody untuk pengguna dan nogroup untuk kumpulan LiteSpeed, tekan Enter untuk mengekalkanya.
Tukar port lalai 8080 dengan 80 (http), kekalkan menggunakan port 8080 bilamana terdapat pelayan http lain (Apache, Nginx) yang aktif dalam pelayan untuk mengelak laman web Down.
Tekan Enter pada tetapan port pentadbiran untuk mengekalkan port 7080.
Teruskan langkah pemasangan mengikut keperluan sehingga berjaya, saya syorkan buat tetapan autostart.

Perkhidmatan Pakar Hosting disini.
9.Ubahsuai aturan firewall dan benarkan port 80 (http) port 443 (https) dan port 7080 (pentadbiran LiteSpeed).
Centos:
sudo firewall-cmd --zone=public --permanent --add-service=http sudo firewall-cmd --zone=public --permanent --add-service=https sudo firewall-cmd --zone=public --add-port=7080/tcp --permanent sudo firewall-cmd --reload
Ubuntu:
sudo ufw allow http sudo ufw allow https sudo ufw allow 7080 sudo ufw reload
Semak pemasangan pelayan http LiteSpeed atas talian http://Ip-pelayan. Tambahkan port 7080 untuk mengakses papan pemuka LiteSpeed (http://Ip-pelayan:7080).
Log-masuk menggunakan id pentadbir LiteSpeed yang dibuat pada masa pemasangan, gunakan cara ini untuk menukarnya semula bila perlu;.
cd /usr/local/lsws/admin/misc
sudo sh admpass.sh
KONFIGURASI ASAS LITESPEED
CARA BUAT SAMBUNGAN HTTP (PORT 80) DAN HTTPS (PORT 443)
10.Configurations => listeners.
11.Edit default lsitener, tukar nama default dengan http dan simpan.
12.Listener list => add.
13.Nama listener HTTPS, alamat ip ANY, port 443, secure YES. Simpan konfigurasi.

CARA AKTIFKAN SSL PAPAN PEMUKA LITESPEED
14.Pasang sijil ssl mengikut panduan ini.
15.Web console => listeners.
16.Edit adminListener.
17.SSL => edit tab ssl private key.
Lokasi fail private key :
/etc/letsencrypt/live/rozak.net/privkey.pem
Lokasi sijil ssl (certificate) :
/etc/letsencrypt/live/rozak.net/fullchain.pem
Chained : yes
Simpan tetapan.
Edit tab protokol bila perlu, beri tanda versi ssl dan simpan.
Edit tab ciri-ciri dan keselamatan, pilih yang mana perlu dan simpan.
Tawaran cloud vps $2.5 sebulan disini.
18.Mulakan semula pelayan http LiteSpeed (Actions => graceful restart).
Semak konfigurasi atas talian https://rozak.net:7080
CARA PASANG PHP 7.3.* PELAYAN WEB LITESPEED
Pakej semasa pelayan web http LiteSpeed didatangkan dengan lsphp versi 5.6.*, ikuti panduan ini untuk pasang dan aktifkan versi 7.3.* (lsphp versi terkini okt 2019).
19.Pasang repo LiteSpeed:.
CentOS 5:
sudo rpm -Uvh http://rpms.litespeedtech.com/centos/litespeed-repo-1.1-1.el5.noarch.rpm
CentOS 6:
sudo rpm -Uvh http://rpms.litespeedtech.com/centos/litespeed-repo-1.1-1.el6.noarch.rpm
CentOS 7:
sudo rpm -Uvh http://rpms.litespeedtech.com/centos/litespeed-repo-1.1-1.el7.noarch.rpm
CentOS 8:
sudo rpm -Uvh http://rpms.litespeedtech.com/centos/litespeed-repo-1.1-1.el8.noarch.rpm
Debian & Ubuntu:
wget -O - http://rpms.litespeedtech.com/debian/enable_lst_debian_repo.sh | bash
CARA PASANG PHP V-7.3.* LITESPEED
Arkib Litespeed: disini.
20.Pasang php 7.3 LiteSpeed dan beberapa pakej yang berkaitan:
CentOS:
sudo yum install epel-release
sudo yum install lsphp73 lsphp73-common lsphp73-mysqlnd lsphp73-gd lsphp73-process lsphp73-mbstring lsphp73-xml lsphp73-mcrypt lsphp73-pdo lsphp73-imap lsphp73-soap lsphp73-bcmath
sudo ln -sf /usr/local/lsws/lsphp73/bin/lsphp /usr/local/lsws/fcgi-bin/lsphp5
Ubuntu:
sudo apt install lsphp73 lsphp73-common lsphp73-mysqlnd lsphp73-gd lsphp73-process lsphp73-mbstring lsphp73-xml lsphp73-mcrypt lsphp73-pdo lsphp73-imap lsphp73-soap lsphp73-bcmath
sudo ln -sf /usr/local/lsws/lsphp73/bin/lsphp /usr/local/lsws/fcgi-bin/lsphp5
21.Buka konfigurasi pelayan LiteSpeed, configurations => Server => External app.
22.Edit php versi lama. Ubahsuai borang dengan maklumat berikut.
Name = LSPHP73 Address = uds://tmp/lshttpd/lsphp.sock Command = $SERVER_ROOT/lsphp73/bin/lsphp
Kekalkan yang lain dan simpan.

23.Mulakan semula pelayan LiteSpeed, Action => graceful restart.
Semak konfigurasi php atas talian.
Leave a Reply