PAKAR SEO MALAYSIA LOGO
ABDUL ROZAK
@rozakdotnet

CARA BUAT VIRTUAL HOST OPENLITESPEED

Terdahulu cara buat Virtual Host pelayan web http Apache sistem operasi CentOS disini, sistem operasiu Ubuntu disini dan cara buat Server Block pelayan web http Nginx sistem operasi CentOS disini, sistem operasi Ubuntu disini. Virtual Host dan blok pelayan (server block) merupakan perkara yang sama, membolehkan pentadbir menghoskan pelbagai domain dan subdomain dalam satu pelayan.

Topik menarik : cara aktifkan HTTP/2 pelayan web http Apache disini, pelayan web http Nginx disini. Manakala OpenLiteSpeed akan memiliki sokongan HTTP/3 bermula pada versi 1.61.

PANDUAN ASAS VPS BUAT VIRTUAL HOST
PANDUAN ASAS VPS BUAT VIRTUAL HOST

Perkhidmatan Pakar Hosting disini.

CARA BUAT VIRTUAL HOST PELAYAN WEB HTTP OPENLITESPEED

1.Sambungkan perisian klien ssh dengan pelayan, cara buat id pengguna pelayan sistem operasi CentOS disini Ubuntu disini.

2.Buat direktori laman web;.

sudo mkdir -p /var/www/dev.rozak.net

3.Ubahsuai pemilikan direktori sesuaikan dengan OpenLiteSpeed;.

sudo chown -R nobody:nogroup /var/www/dev.rozak.net

4.Chmod 755 direktori www;.

sudo chmod -R 755 /var/www

5.Buat sebuah fail index dalam direktori tersebut;.

sudo nano /var/www/dev.rozak.net/index.html

Bubuh mesej didalamnya dan simpan.

6.Log-masuk papan pemuka pentadbiran OpenLiteSpeed, buka laman Virtual Host.

Arkib OpenLiteSpeed disini.

7.Pilih ikon + pada table senarai virtual host. Contoh konfigurasi untuk subdomain dev.rozak.net;.

Virtua H Name = dev.rozak.net
Virtual H Root = /var/www/dev.rozak.net
Config file = $SERVER_ROOT/conf/vhosts/dev.rozak.net/vhconf.conf

Lain-lain tetapan konfigurasi boleh disesuaikan mengikut keperluan, simpan tetapan.

Sebuah mesej dipaparkan mengandungi pautan untuk menjana fail konfigurasi, klik pautan buat fail konfigurasi. Langkah seterusnya simpan tetapan konfigurasi.

8.Pilih ikon carian+ (Action view), buka tab General => Edit general. Document root isi dengan lokasi direktori, contoh /var/www/dev.rozak.net. Domain name dev.rozak.net, domain alias www.dev.rozak.net. Lain-lain tetapan boleh disesuaikan mengikut keperluan seterusnya simpan.

9.Buka Listener => Action view pada Listener http & https ( semak cara buat Listener disini).

10.Pilih ikon + pada table Virtual Host Mappings. Virtual host pilih dev.rozak.net domain dev.rozak.net. Simpan tetapan seterusnya mulakan semula pelayan web http OpenLiteSpeed.

VIRTUAL HOST OPENLITESPEED

Semak konfigurasi Virtual Host atas talian http://dev.rozak.net.

Leave a Reply

Your email address will not be published.