PAKAR SEO MALAYSIA LOGO
ABDUL ROZAK
@rozakdotnet

CARA BUAT VIRTUAL HOST APACHE - UBUNTU

Virtual Host membolehkan pentadbir pelayan menghoskan beberapa laman web, ianya seperti kemudahan domain tambahan dan subdomain dalam web hosting.

Terdahulu adalah panduan asas vps cara buat virtual host Apache sistem operasi CentOS disini dan cara buat server block Nginx sistem operasi CentOS disini.

PANDUAN ASAS VPS BUAT VIRTUAL HOST
PANDUAN ASAS VPS BUAT VIRTUAL HOST

Dibawah adalah panduan cara buat Virtual Host pelayan web http Apache sistem operasi Ubuntu.

CARA BUAT VIRTUAL HOST PELAYAN WEB HTTP APACHE2 SISTEM OPERASI UBUNTU

1.Sambungkan perisian klien ssh dengan pelayan, cara buat id pengguna pelayan Ubuntu disini.

2.Buat direktori tapak web.

Domain rozak.net;.

sudo mkdir -p /var/www/rozak.net

Subdomain dev.rozak.net;.

sudo mkdir -p /var/www/dev.rozak.net

3.Tukar pemilikan direktori yang baru dibuat;.

sudo chown -R $USER:$USER /var/www/rozak.net
sudo chown -R $USER:$USER /var/www/dev.rozak.net

4.Ubahsuai chmod direktori www;.

sudo chmod -R 755 /var/www

5.Buat fail index dalam direktori tersebut;.

sudo nano /var/www/rozak.net/index.html
sudo nano /var/www/dev.rozak.net/index.html

Bubuh mesej didalamnya dan simpan.

6.Buat fail konfigurasi Apache;.

sudo nano /etc/apache2/sites-available/rozak.net.conf
sudo nano /etc/apache2/sites-available/dev.rozak.net.conf

Ubahsuai kod dibawah mengikut keperluan, bubuh dalam fail konfigurasi dan simpan.

Perkhidmatan Pakar Hosting disini.

<VirtualHost *:80>
    ServerAdmin [email protected]
    ServerName rozak.net
    ServerAlias www.rozak.net 
    DocumentRoot /var/www/rozak.net
    ErrorLog ${APACHE_LOG_DIR}/error.log
    CustomLog ${APACHE_LOG_DIR}/access.log combined
</VirtualHost> 
<VirtualHost *:80>
    ServerAdmin [email protected]
    ServerName dev.rozak.net
    ServerAlias www.dev.rozak.net 
    DocumentRoot /var/www/dev.rozak.net
    ErrorLog ${APACHE_LOG_DIR}/error.log
    CustomLog ${APACHE_LOG_DIR}/access.log combined
</VirtualHost> 

7.Benarkan Apache menjalankan konfigurasi;.

sudo a2ensite rozak.net.conf
sudo a2ensite dev.rozak.net.conf

8.Cara nyahaktif konfigurasi, contoh nyahaktif konfigurasi lalai;.

sudo a2dissite 000-default.conf

9.Mulakan semula Apache;.

sudo systemctl restart apache2

Leave a Reply

Your email address will not be published.