CARA BUAT VIRTUAL HOST APACHE - CENTOS 7
Dalam web hosting terdapat kawalan domain tambahan dan subdomain yang mana membolehkan pentadbir bina banyak web dalam satu akaun. Pada pelayan peribadi maya (vps) kemudahan tersebut boleh didapati dengan cara konfigurasi virtual host (centOS) dan server block (Ubuntu).

CARA BUAT VIRTUAL HOST PELAYAN HTTP APACHE SISTEM OPERASI CENTOS 7
1.Login pelayan menggunakan perisian klien ssh.
2.Pasang apache, cara pasang apache pelayan sistem operasi centOS disini.
3.Buat direktori tapak web dan log;.
Domain rozak.net
sudo mkdir -p /var/www/rozak.net
sudo mkdir -p /var/www/rozak.net/log
Subdomain dev.rozak.net
sudo mkdir -p /var/www/dev.rozak.net
sudo mkdir -p /var/www/dev.rozak.net/log
4.Ubah suai status pemilikan direktori, cara ini membolehkan pengguna biasa buat ubah suai fail didalamnya;.
sudo chown -R $USER:$USER /var/www/rozak.net
sudo chown -R $USER:$USER /var/www/dev.rozak.net
5.Ubah suai chmod direktori www;.
sudo chmod -R 755 /var/www
6.Buat fail index dalam direktori tersebut;.
sudo nano /var/www/rozak.net/index.html
sudo nano /var/www/dev.rozak.net/index.html
Bubuh sebuah mesej didalamnya dan simpan.
7.Buat fail konfigurasi fail virtual host dan edit;.
Ubah suai kod dibawah mengikut keperluan, bubuh dalam fail konfigurasi dan simpan;.
Perkhidmatan Pakar Hosting disini.
sudo nano /etc/httpd/conf.d/rozak.net.conf
<VirtualHost *:80> ServerAdmin webmaster@rozak.net ServerName rozak.net ServerAlias www.rozak.net DocumentRoot /var/www/rozak.net ErrorLog /var/www/rozak.net/log/error.log CustomLog /var/www/rozak.net/log/requests.log combined </VirtualHost>
sudo nano /etc/httpd/conf.d/dev.rozak.net.conf
<VirtualHost *:80> ServerAdmin webmaster@rozak.net ServerName dev.rozak.net ServerAlias www.dev.rozak.net DocumentRoot /var/www/dev.rozak.net ErrorLog /var/www/dev.rozak.net/log/error.log CustomLog /var/www/dev.rozak.net/log/requests.log combined </VirtualHost>
8.Langkah terakhir memulakan semula apache;.
sudo systemctl restart httpd
Semak konfigurasi atas talian dengan melayari pautan laman web tersebut.