PAKAR SEO MALAYSIA LOGO
ABDUL ROZAK
@rozakdotnet

CARA BUAT SERVER BLOCK NGINX - UBUNTU

Dibawah adalah panduan asas vps cara buat blok pelayan (server block) pelayan web http Nginx yang mana membolehkan pentadbit menghoskan pelbagai domain dalam satu pelayan.

Pastikan pelayan web http Engine-X (Nginx) telah dipasang, cara pasang pelayan Nginx sistem operasi Ubuntu disini.

PANDUAN ASAS VPS BUAT VIRTUAL HOST
PANDUAN ASAS VPS BUAT SERVER BLOCK NGINX

CARA BUAT SERVER BLOCK PELAYAN WEB HTTP NGINX SISTEM OPERASI UBUNTU

1.Sambungkan perisian klien ssh dengan pelayan, cara buat id pengguna pelayan sistem operasi Ubuntu disini.

2.Buat direktori tapak web;.

Domain rozak.net;.

sudo mkdir -p /var/www/rozak.net

Subdomain dev.rozak.net;.

sudo mkdir -p /var/www/dev.rozak.net

3.Ubahsuai status pemilikan direktori bagi membolehkan pengguna biasa ubahsuai fail didalamnya;.

sudo chown -R $USER:$USER /var/www/rozak.net
sudo chown -R $USER:$USER /var/www/dev.rozak.net

4.Ubahsuai chmod direktori www;.

sudo chmod 755 /var/www

5.Buat fail index dalam direktori;.

sudo nano /var/www/rozak.net/index.html
sudo nano /var/www/dev.rozak.net/index.html

Bubuh mesej kedalamnya dan simpan.

6.Ubahsuai konfigurasi Nginx untuk elak masalah memory;.

sudo nano /etc/nginx/nginx.conf

Bubuh kod ini dalam tetapan http { ... };.

server_names_hash_bucket_size 64;

7.Buat fail konfigurasi domain;.

sudo nano /etc/nginx/conf.d/rozak.net.conf
sudo nano /etc/nginx/conf.d/dev.rozak.net.conf

Ubahsuai kod dibawah mengikut keperluan dan bubuh kedalam fail;.

Perkhidmatan Pakar Hosting disini.

server {
    listen  80;
    server_name rozak.net www.rozak.net;

    location / {  
      root  /var/www/rozak.net;
      index  index.html index.php index.htm;
        }   

    error_page  500 502 503 504  /50x.html;
    location = /50x.html {
      root  /var/www/rozak.net;
         } 
       }
server {
    listen  80;
    server_name dev.rozak.net www.dev.rozak.net;

    location / {  
      root  /var/www/dev.rozak.net;
      index  index.html index.php index.htm;
        }   

    error_page  500 502 503 504  /50x.html;
    location = /50x.html {
      root  /var/www/dev.rozak.net;
         } 
       }

8.Cara semak konfigurasi Nginx;.

sudo nginx -t

9.Mulakan semula pelayan web http Nginx;.

sudo systemctl restart nginx

Semak konfigurasi atas talian, buka pautan tersebut menggunakan pelayar web.

Leave a Reply

Your email address will not be published.