CARA AKTIFKAN HTTP/2 NGINX
Terdahulu cara aktifkan HTTP/2 pelayan web Apache disini, dibawah adalah panduan asas cara aktifkan HTTP/2 pelayan web Nginx.
Protokol Pemindahan Hiperteks ( Hypertext Transfer Protocol - HTTP) ialah perisian protokol yang diguna untuk memindahkan maklumat melalui jaringan sejagat (World Wide Web) atau yang biasa dikenali dengan www. Manakala HTTPS ialah kaedah pemampatan keatas pemindahan maklumat tersebut.

CARA AKTIFKAN HTTP/2 PELAYAN WEB NGINX
Sambungan http dengan sijil ssl/tls yang sah perlu dipasang terlebih dahulu untuk aktifkan http/2 pada pelayan web Nginx. Panduan asas vps cara pasang ssl percuma Let's Encrypt pelayan web http Nginx sistem operasi CentOS disini, sistem operasi Ubuntu disini.
Seterusnya edit konfigurasi blok pelayan Nginx;.
sudo nano /etc/nginx/conf.d/dev.rozak.net.conf
Cara buat blok pelayan Nginx sistem operasi CentOS7 disini, sistem operasi Ubuntu disini.
Bubuh kod http2 pada tetapan ssl port 443;.
listen [::]:443 http2 ssl ipv6only=on; listen 443 http2 ssl;
Simpan konfigurasi dan mulakan semula pelayan web http Nginx;.
sudo systemctl restart nginx
Semak tetapan http2 menggunakan alat semakan atas talian.