rozak.NET

MALAYSIA WEB HOSTING
MENU

PERKARA ASAS VPS

Oleh: Abdul Rozak pada 
Julai 12, 2018

Vps (Virtual Private Server - Pelayan Pribadi Maya) merupakan salah satu bentuk perkhidmatan web hosting bersifat separuh berdedikasi, dibina dengan cara membahagi ruang cakera keras, kuasa dan perkakasan pelayan secara berasingan. Dedicated server pula merupakan perkhidmatan web hosting yang berdedikasi, hanya terdapat satu akaun pada satu pelayan. Beza antara vps dengan hosting yang dikongsi (shared hosting) ada pada penggunaan ruang cakera keras, kuasa dan perkakasan pelayan secara kongsi bilamana salah satu akaun hosting bermasalah boleh menjangkiti akaun yang lain pada satu pelayan.

Walaupun vps adalah perkhidmatan pelayan yang dikongsi ia tidak akan berjangkit bilamana satu akaun bermasalah disebabkan sifat perkakasan yang terpisah dengan akaun vps lain pada satu pelayan.

KELEBIHAN VPS:

  1. Kelebihan vps berbanding Dedicated server adalah lebih murah.
  2. Akses kepada root.
  3. Alamat IP yang berdedikasi.
  4. Kurang risiko masalah keselamatan. Sebenarnya tahap keselematan bergantung pada admin yang mengendalikan laman web sejauh mana ia boleh tingkatkan piawaian sistem keselamatan, bezanya hosting yang berkongsi masalah boleh datang daripada akaun hosting lain walaupun tahap sistem keselamatan sudah ditingkatkan.
  5. Lebih stabil berbanding hosting yang dikongsi.

Kekurangan vps:

  1. Lebih mahal berbanding hosting yang dikongsi.
  2. Perlukan pengalaman bidang IT.
  3. Install dan setup sendiri program asas yang akan dijalankan.
  4. Tiada sokongan dalam membaiki masalah laman web dan aturcara yang dijalankan. Sokongan hanya dibekalkan pada masalah kernel utama pada pelayan.

Dibawah adalah rajah beza antara perkongsian hosting, vps - virtual private server dan server berdedikasi.

PERKARA ASAS VPS VPS MALAYSIA VPS MALAYA PAKAR CPANEL MALAYSIA

Perbezaan hosting yang dikongsi vs vps vs dedicated server

SISTEM PENGENDALIAN VPS

Ada 2 jenis sistem pengendalian yang mudah didapatkan, sistem pengendalian asas Linux dan sistem pengendalian asas Windows/Microsoft. Kedua-dua sistem pengendalian memiliki kelebihan yang mana Linux dipercaya lebih stabil, piawaian sistem keselamatan yang senantiasa ditingkatkan dan lebih murah. Sistem pengendalian Windows-Microsoft diperacaya sebagai sistem pengendalian yang mudah diselenggara dan menggunakan .NET framework.

BLOG INI AKAN DIKEMASKINI DARI MASA KE SEMASA

UNTUK MELENGKAPKAN MAKLUMAT

DIDALAMNYA.

HARAP MAKLUM

Terima kasih sebab melawat dan sudi membaca:

PERKARA ASAS VPS

BLOG PAKAR SEO MALAYSIA PAKAR WORDPRESS MALAYSIA PAKAR CPANEL HOSTING MALAYSIA

ABDUL ROZAK

Juru gambar - Pentadbir hosting.

Halo... Saya Abdul Rozak.

Saya wujudkan blog untuk mudahkan saya buat rujukan, tegurlah apa-apa maklumat yang kurang tepat. Saya sangat hargainya...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

PENAJA:


MALAYSIA WEB HOSTING

MEDIA SOSIAL:

CARIAN:

Akan dikemaskini..

BLOG BERKAITAN:
CARA PASANG PHP PADA PELAYAN PERIBADI MAYA CENTOS

Dibawah adalah cara pasang php dan module yang berkaitan pada pelayan sistem pengendalian CentOS. Php juga merupakan komponen penting dalam membangunkan laman web contohnya WordPress. Blog yang berkaitan dengan cara pasang php;. Panduan Asas Vps. Cara Pasang Apache CentOS. Cara Pasang Nginx CentOS Cara Pasang Nano. Cara Pasang MariaDB CentOS Pasang php pada pelayan centos […]

CARA PASANG MARIADB VPS SISTEM PENGENDALIAN CENTOS

Satu lagi pilihan selain menggunakan MySQL untuk menguruskan hubungan pangkalan data pada pelayan. MariaDB adalah sebuah sistem pengurusan hubungan pangkalan data atau dikenal dengan RDBMS - Relational Database Management System, memiliki ciri yang boleh dikatakan hampir 100% sama dengan ciri yang ada pada mysql. Berbanding mysql, mariadb dipercayai lebih selamat dan lebih stabil kerana dapat […]

CARA PASANG MYSQL VPS SISTEM PENGENDALIAN CENTOS

Seperti yang telah saya ceritakan disini MySQL adalah sebuah sistem pengurusan hubungan pangkalan data (Relational Database Management System - RDBMS) sumber terbuka diasaskan oleh Michael Widenius atau dikenal sebagai Monty. Mysql banyak digunakan dalam membangunkan laman web dan menjadi komponen yang terpenting. Dibawah adalah perkara yang berkaitan dengan mysql pada pelayan sistem pengendalian CentOS. Panduan […]

CARA BINA WORDPRESS PADA PELAYAN WEB NGINX - OS UBUNTU

Bina WordPress pada pelayan web nginx juga dikenali dengan istilah WP Lemp yang membawa maksud Linux, Engine x atau nginx, MySQL dan php. Sepertimana apache nginx juga memiliki ramai peminat dan menjadikanya pilihan pertama berbanding yang lain. Dibawah adalah panduan cara bina WordPress pelayan peribadi maya (vps) menggunakan pelayan web engine x. Ada beberapa perkara […]

CARA BINA WORDPRESS PELAYAN WEB APACHE - OS UBUNTU

Bina WordPress pada pelayan web Apache dikenal dengan istilah wp lamp stack yang merujuk kepada Linux, Apache, MySQL dan php. Ubuntu pula adalah sebuah sistem edaran linux (sistem pengendalian inti/kernel pada linux) berdasarkan Debian. Apache dicipta terlebih dahulu berbanding nginx (engine x / lemp stack), berdasarkan kerumitanya bina WordPress pada pelayan apache adalah lebih mudah […]

PERKARA ASAS VPS Hak cipta ©.
Tema tersuai.