rozak.NET

Kategori:  

CARA PASANG UNCOMPLICATED FIREWALL - UFW PADA UBUNTU

Oleh: Abdul Rozak pada 
Julai 24, 2018

Blog ini merupakan bahagian daripada: Panduan Asas VPS.

Uncomplicated Firewall atau yang dikenal sebagai ufw adalah sebuah aplikasi tembok api lalai pada sistem pengendalian ubuntu, diguna untuk menapis aplikasi pada pelayan dan menapis individu daripada mencapai pelayan. Uncomplicated Firewall juga dipercayai sebagai aplikasi tembok api yang mudah diuruskan.

CARA PASANG UNCOMPLICATED FIREWALL - UFW PADA UBUNTU

how to setup firewall ubuntu vps

Tawaran 1GB  ssd web hosting RM30 sahaja setahun disini.

Contohnya; membenarkan apache menjalankan program secara keseluruhan, menghalang mana-mana individu daripada mencapai pelayan.

Dibawah adalah baris perintah pasang, aktifkan, nyahaktif dan padam ufw - Uncomplicated Firewall.

CARA PASANG UFW PADA PELAYAN UBUNTU

1.Disyorkan supaya mengemaskini APT sebelum pasang ufw;.

apt update

2.Pasang ufw;.

apt-get install ufw

3.Cara menyimak versi ufw;.

ufw --version

4.Cara menyimak status ufw;.

ufw status

5.Membenarkan sambungan ssh;.

ufw allow ssh

atau

ufw allow 22

6.Untuk menyemak aplikasi yang telah dibenarkan;.

ufw app list

6.Aktifkan ufw;.

ufw enable

Http (:80) dan https (:443) telah disekat pada tetapan lalai ufw ubuntu 16.04, ip dan domain laman web tidak dapat dicapai menggunakan pelayar.
8.Untuk menyemak sambungan atau port yang telah dibenarkan;.

ufw status verbose

9.Untuk membenarkan sambungan http supaya laman web dapat dicapai menggunakan pelayar;.

ufw allow http

atau

ufw allow 80

10.Untuk membenarkan sambungan https;.

ufw allow https

atau

ufw allow 443

11.Untuk membenarkan sambungan ftp;.

ufw allow ftp

atau

ufw allow 21

Topik lain: PAKAR SEO MALAYSIA.
12.Untuk menyekat alamat ip mencapai pelayan;.

ufw deny from 12.345.67.89.0

13.Reset Uncomplicated Firewall;.

ufw reset

14.Cara nyahaktif ufw;.

ufw disable

15.Padam ufw;.

apt-get remove ufw

16.Padam fail yang berkaitan ufw

apt-get purge ufw

Baris perintah ufw boleh dikembangkan mengikut keperluan. Baris perintah dibawah adalah untuk memaparkan baris perintah yang berkaitan dengan Uncomplicated Firewall.

ufw --help
Terima kasih sebab melawat dan sudi membaca:

CARA PASANG UNCOMPLICATED FIREWALL - UFW PADA UBUNTU

BLOG PAKAR SEO MALAYSIA PAKAR WORDPRESS MALAYSIA PAKAR CPANEL HOSTING MALAYSIA

ABDUL ROZAK

Juru gambar - Pentadbir hosting.

Halo... Saya Abdul Rozak.

Saya wujudkan blog untuk mudahkan saya buat rujukan, tegurlah apa-apa maklumat yang kurang tepat. Saya sangat hargainya...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

BLOG BERKAITAN:
CARA PASANG PHP PADA PELAYAN PERIBADI MAYA CENTOS

Dibawah adalah cara pasang php dan module yang berkaitan pada pelayan sistem pengendalian CentOS. Php juga merupakan komponen penting dalam membangunkan laman web contohnya WordPress. Blog yang berkaitan dengan cara pasang php;. Panduan Asas Vps. Cara Pasang Apache CentOS. Cara Pasang Nginx CentOS Cara Pasang Nano. Cara Pasang MariaDB CentOS Pasang php pada pelayan centos […]

CARA PASANG MARIADB VPS SISTEM PENGENDALIAN CENTOS

Satu lagi pilihan selain menggunakan MySQL untuk menguruskan hubungan pangkalan data pada pelayan. MariaDB adalah sebuah sistem pengurusan hubungan pangkalan data atau dikenal dengan RDBMS - Relational Database Management System, memiliki ciri yang boleh dikatakan hampir 100% sama dengan ciri yang ada pada mysql. Berbanding mysql, mariadb dipercayai lebih selamat dan lebih stabil kerana dapat […]

CARA PASANG MYSQL VPS SISTEM PENGENDALIAN CENTOS

Seperti yang telah saya ceritakan disini MySQL adalah sebuah sistem pengurusan hubungan pangkalan data (Relational Database Management System - RDBMS) sumber terbuka diasaskan oleh Michael Widenius atau dikenal sebagai Monty. Mysql banyak digunakan dalam membangunkan laman web dan menjadi komponen yang terpenting. Dibawah adalah perkara yang berkaitan dengan mysql pada pelayan sistem pengendalian CentOS. Panduan […]

CARA BINA WORDPRESS PADA PELAYAN WEB NGINX - OS UBUNTU

Bina WordPress pada pelayan web nginx juga dikenali dengan istilah WP Lemp yang membawa maksud Linux, Engine x atau nginx, MySQL dan php. Sepertimana apache nginx juga memiliki ramai peminat dan menjadikanya pilihan pertama berbanding yang lain. Dibawah adalah panduan cara bina WordPress pelayan peribadi maya (vps) menggunakan pelayan web engine x. Ada beberapa perkara […]

CARA BINA WORDPRESS PELAYAN WEB APACHE - OS UBUNTU

Bina WordPress pada pelayan web Apache dikenal dengan istilah wp lamp stack yang merujuk kepada Linux, Apache, MySQL dan php. Ubuntu pula adalah sebuah sistem edaran linux (sistem pengendalian inti/kernel pada linux) berdasarkan Debian. Apache dicipta terlebih dahulu berbanding nginx (engine x / lemp stack), berdasarkan kerumitanya bina WordPress pada pelayan apache adalah lebih mudah […]

PENAJA:


MALAYSIA WEB HOSTING

MEDIA SOSIAL:

Tema tersuai.
folder-open-o