rozak.NET

Kategori:  

CARA PASANG SUDO PADA CENTOS

Oleh: Abdul Rozak pada 
Julai 17, 2018

Blog ini merupakan bahagian daripada: Panduan Asas VPS.

Sudo adalah sebuah program untuk sistem pengendalian asas Unix/Linux yang membolehkan pengguna menjalankan program dengan keistimewaan keselamatan pengguna lain. Dengan menggunakan sudo pentadbir sistem Linux dapat membenarkan keupayaan pengguna tertentu atau kumpulan pengguna untuk menjalankan beberapa perintah, atau semua perintah sebagai root. Dibawah adalah baris perintah pasang sudo pada pelayan Linux menggunakan sistem pengendalian CentOS.

INSTALL/PASANG SUDO CENTOS

1.Akses pelayan menggunakan ssh: Cara Login Vps Menggunakan PUTTY.

2.Pasang sudo menggukan baris perintah;.

yum install sudo -y

3.Beri jawapan Y dalam proses pemasangan sehingga pemasangan selesai.

Baris perintah visudo adalah penyunting teks yang digunakan untuk mengedit konfigurasi pada fail /etc/sudoers;.

visudo

Blog berkaitan: CARA TAMBAH PENGGUNA VPS SISTEM PENGENDALIAN CENTOS untuk tambah pengguna pada pelayan peribadi maya (vps). Panduan menggunakan sudo boleh dijumpai menggunakan baris perintah;.

sudo - h
Terima kasih sebab melawat dan sudi membaca:

CARA PASANG SUDO PADA CENTOS

BLOG PAKAR SEO MALAYSIA PAKAR WORDPRESS MALAYSIA PAKAR CPANEL HOSTING MALAYSIA

ABDUL ROZAK

Juru gambar - Pentadbir hosting.

Halo... Saya Abdul Rozak.

Saya wujudkan blog untuk mudahkan saya buat rujukan, tegurlah apa-apa maklumat yang kurang tepat. Saya sangat hargainya...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

BLOG BERKAITAN:
CARA PASANG PHP PADA PELAYAN PERIBADI MAYA CENTOS

Dibawah adalah cara pasang php dan module yang berkaitan pada pelayan sistem pengendalian CentOS. Php juga merupakan komponen penting dalam membangunkan laman web contohnya WordPress. Blog yang berkaitan dengan cara pasang php;. Panduan Asas Vps. Cara Pasang Apache CentOS. Cara Pasang Nginx CentOS Cara Pasang Nano. Cara Pasang MariaDB CentOS Pasang php pada pelayan centos […]

CARA PASANG MARIADB VPS SISTEM PENGENDALIAN CENTOS

Satu lagi pilihan selain menggunakan MySQL untuk menguruskan hubungan pangkalan data pada pelayan. MariaDB adalah sebuah sistem pengurusan hubungan pangkalan data atau dikenal dengan RDBMS - Relational Database Management System, memiliki ciri yang boleh dikatakan hampir 100% sama dengan ciri yang ada pada mysql. Berbanding mysql, mariadb dipercayai lebih selamat dan lebih stabil kerana dapat […]

CARA PASANG MYSQL VPS SISTEM PENGENDALIAN CENTOS

Seperti yang telah saya ceritakan disini MySQL adalah sebuah sistem pengurusan hubungan pangkalan data (Relational Database Management System - RDBMS) sumber terbuka diasaskan oleh Michael Widenius atau dikenal sebagai Monty. Mysql banyak digunakan dalam membangunkan laman web dan menjadi komponen yang terpenting. Dibawah adalah perkara yang berkaitan dengan mysql pada pelayan sistem pengendalian CentOS. Panduan […]

CARA BINA WORDPRESS PADA PELAYAN WEB NGINX - OS UBUNTU

Bina WordPress pada pelayan web nginx juga dikenali dengan istilah WP Lemp yang membawa maksud Linux, Engine x atau nginx, MySQL dan php. Sepertimana apache nginx juga memiliki ramai peminat dan menjadikanya pilihan pertama berbanding yang lain. Dibawah adalah panduan cara bina WordPress pelayan peribadi maya (vps) menggunakan pelayan web engine x. Ada beberapa perkara […]

CARA BINA WORDPRESS PELAYAN WEB APACHE - OS UBUNTU

Bina WordPress pada pelayan web Apache dikenal dengan istilah wp lamp stack yang merujuk kepada Linux, Apache, MySQL dan php. Ubuntu pula adalah sebuah sistem edaran linux (sistem pengendalian inti/kernel pada linux) berdasarkan Debian. Apache dicipta terlebih dahulu berbanding nginx (engine x / lemp stack), berdasarkan kerumitanya bina WordPress pada pelayan apache adalah lebih mudah […]

PENAJA:


MALAYSIA WEB HOSTING

MEDIA SOSIAL:

Tema tersuai.
folder-open-o