rozak.NET

MALAYSIA WEB HOSTING
MENU

CARA PASANG PHP (HYPERTEXT PREPOCESSOR) PADA UBUNTU

Oleh: Abdul Rozak pada 
Julai 28, 2018

PHP atau Hypertext Prepocessor adalah sebuah bahasa penskripan sumber terbuka yang telah banyak digunakan pada laman web, kelebihan php ada pada aturcara yang boleh diguna bersama-sama dengan html. Php juga merupakan salah satu komponen stack LAMP dan LEMP yang menjadi asas dalam pembangunan laman web.

L membawa maksud Linux

A = Apache, Baca disini

E = Engine X dikenali sebagai NGINX, Baca disini

M = MySQL

P = php

CARA PASANG PHP (HYPERTEXT PREPOCESSOR) PADA UBUNTU VPS MALAYSIA VPS MALAYA SISTEM PENGENDALIAN UBUNTU PAKAR VPS MALAYSIA

cara pasang php ubuntu vps

Dibawah adalah baris perintah pasang php pada pelayan sistem pengendalian Ubuntu dan konfigurasi pada pelayan Apache dan Nginx.

CARA PASANG PHP

1.Kemaskini APT jika diperlukan;.

apt-get update

Cara pasang php pelayan web apache.

2.Pasang php;.

apt-get install php libapache2-mod-php php-mcrypt php-mysql

3.Semak dan pastikan fail.php dijadikan index pada laman utama apabila tujuanya adalah membina laman web berasaskan php seperti WordPress, Pasang NANO disini untuk cipta dan edit fail pada pelayan.;.

nano /etc/apache2/mods-enabled/dir.conf

4.Mengubahsuai dan meletak index.php pada senarai yang pertama akan memberikan keutamaan kepada php berbanding dengan fail lain;.

<IfModule mod_dir.c>
    DirectoryIndex index.php index.html index.cgi index.pl index.xhtml index.htm
 </IfModule>

5.Mula semula apache

systemctl restart apache2

Cara pasang php pelayan web NGINX.

6.Pasang php;.

apt-get install php-fpm php-mysql

7.Naik taraf keselamatan php

nano /etc/php/7.0/fpm/php.ini

Ubahsuai cgi.fix_pathinfo=1 menjadi cgi.fix_pathinfo=0 .
8.Mula semula php fpm

systemctl restart php7.0-fpm

9.Konfigurasi nginx untuk fail php;.

nano /etc/nginx/sites-available/default

Ubah suai konfigurasi server menjadi seperti dibawah, perhatikan kod yang berwarna hijau dan simpan;.

server {
    listen 80 default_server;
    listen [::]:80 default_server;

    root /var/www/html;
    index index.php index.html index.htm index.nginx-debian.html;

    server_name _;

    location / {
        try_files $uri $uri/ =404;
    }

    location ~ \.php$ {
        include snippets/fastcgi-php.conf;
        fastcgi_pass unix:/run/php/php7.0-fpm.sock;
    }

    location ~ /\.ht {
        deny all;
    }
}

10.Semak konfigurasi nginx;.

nginx -t

11.Muat semula nginx;.

systemctl reload nginx

12.Buat sebuah fail .php menggunakan nano untuk semak dan pastikan pelayan telah menjalankan php.

nano /var/www/html/info.php

13.Letak kod ini didalamnya dan simpan.

<?php
phpinfo();

Buka fail melalui pelayar web //ipserver/info.php atau //domain/info.php. Maklumat mengenai php sepatutnya dipaparkan apabila tiada sebarang isu dalam pemasangan.

Terima kasih sebab melawat dan sudi membaca:

CARA PASANG PHP (HYPERTEXT PREPOCESSOR) PADA UBUNTU

BLOG PAKAR SEO MALAYSIA PAKAR WORDPRESS MALAYSIA PAKAR CPANEL HOSTING MALAYSIA

ABDUL ROZAK

Juru gambar - Pentadbir hosting.

Halo... Saya Abdul Rozak.

Saya wujudkan blog untuk mudahkan saya buat rujukan, tegurlah apa-apa maklumat yang kurang tepat. Saya sangat hargainya...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

PENAJA:


MALAYSIA WEB HOSTING

MEDIA SOSIAL:

CARIAN:

Akan dikemaskini..

BLOG BERKAITAN:
CARA PASANG PHP PADA PELAYAN PERIBADI MAYA CENTOS

Dibawah adalah cara pasang php dan module yang berkaitan pada pelayan sistem pengendalian CentOS. Php juga merupakan komponen penting dalam membangunkan laman web contohnya WordPress. Blog yang berkaitan dengan cara pasang php;. Panduan Asas Vps. Cara Pasang Apache CentOS. Cara Pasang Nginx CentOS Cara Pasang Nano. Cara Pasang MariaDB CentOS Pasang php pada pelayan centos […]

CARA PASANG MARIADB VPS SISTEM PENGENDALIAN CENTOS

Satu lagi pilihan selain menggunakan MySQL untuk menguruskan hubungan pangkalan data pada pelayan. MariaDB adalah sebuah sistem pengurusan hubungan pangkalan data atau dikenal dengan RDBMS - Relational Database Management System, memiliki ciri yang boleh dikatakan hampir 100% sama dengan ciri yang ada pada mysql. Berbanding mysql, mariadb dipercayai lebih selamat dan lebih stabil kerana dapat […]

CARA PASANG MYSQL VPS SISTEM PENGENDALIAN CENTOS

Seperti yang telah saya ceritakan disini MySQL adalah sebuah sistem pengurusan hubungan pangkalan data (Relational Database Management System - RDBMS) sumber terbuka diasaskan oleh Michael Widenius atau dikenal sebagai Monty. Mysql banyak digunakan dalam membangunkan laman web dan menjadi komponen yang terpenting. Dibawah adalah perkara yang berkaitan dengan mysql pada pelayan sistem pengendalian CentOS. Panduan […]

CARA BINA WORDPRESS PADA PELAYAN WEB NGINX - OS UBUNTU

Bina WordPress pada pelayan web nginx juga dikenali dengan istilah WP Lemp yang membawa maksud Linux, Engine x atau nginx, MySQL dan php. Sepertimana apache nginx juga memiliki ramai peminat dan menjadikanya pilihan pertama berbanding yang lain. Dibawah adalah panduan cara bina WordPress pelayan peribadi maya (vps) menggunakan pelayan web engine x. Ada beberapa perkara […]

CARA BINA WORDPRESS PELAYAN WEB APACHE - OS UBUNTU

Bina WordPress pada pelayan web Apache dikenal dengan istilah wp lamp stack yang merujuk kepada Linux, Apache, MySQL dan php. Ubuntu pula adalah sebuah sistem edaran linux (sistem pengendalian inti/kernel pada linux) berdasarkan Debian. Apache dicipta terlebih dahulu berbanding nginx (engine x / lemp stack), berdasarkan kerumitanya bina WordPress pada pelayan apache adalah lebih mudah […]

Tema tersuai.