rozak.NET

Kategori:  

CARA PASANG NGINX PADA UBUNTU

Oleh: Abdul Rozak pada 
Julai 26, 2018

NGINX atau nama lain Engine X adalah sebuah perisian pelayan web percuma yang dilesenkan dibawah perlesenan BSD. Nginx memiliki fungsi yang sama seperti pada Apache, Litespeed Tech dan IIS Microsoft, pemasangan nginx pada pelayan membolehkan laman web dicapai menggunakan pelayan melalui sambungan http port lalai 80 dan https port lalai 443.

PANDUAN ASAS VPS - CARA PASANG NGINX PADA UBUNTU PELAYAN PERIBADI MAYA

Cara pasang nginx pada ubuntu

Blog berkaitan cara pasang nginx pada sistem pengendalian ubuntu;.

  1. Cara log masuk vps melalui SSH - PUTTY.
  2. Cara pasang MySQL Server.

CARA PASANG NGINX PADA PELAYAN OS UBUNTU

1.Kemaskini APT jika diperlukan;.

apt update

2.Baris perintah pasang nginx pada ubuntu;.

apt-get install nginx

3.Semak ufw dan pastikan nginx mendapatkan kebenaran apabila firewall telah dipasang;.

ufw app list

4.Jika mendapat kebenaran nginx akan disenaraikan seperti ini: Nginx Full, Nginx HTTP dan Nginx HTTPS. Hantar perintah dibawah apabila tiada nginx dalam senarai;.

ufw allow 'Nginx Full'
ufw allow 'Nginx HTTP'
ufw allow 'Nginx HTTPS'

5.Pastikan firewall telah membenarkann sambungan http port lalai 80 dan https port lalai 443, ikuti langkah ini untuk membuatnya.

ufw status

6.Semak status nginx;.

systemctl status nginx

7.Baris perintah untuk aktifkan nginx;.

systemctl enable nginx

8.Barus perintah mulakan nginx;.

systemctl start nginx

9.Baris perintah mula semula nginx;.

systemctl restart nginx

10.Baris perintah muat semula nginx;.

systemctl reload nginx

Cara padam nginx daripada pelayan sistem pengendalian Ubuntu.
11.Hentikan nginx;.

systemctl stop nginx

12.Nyahaktif nginx;.

systemctl disable nginx

13.Padam nginx daripada pelayan sistem pengoperasian Ubuntu;.

apt-get remove nginx nginx-common

14.Padam konfigurasi yang berkaitan;.

apt-get purge nginx nginx-common

15.Padam fail yang berkaitan jika diperlukan;.

apt-get autoremove
Terima kasih sebab melawat dan sudi membaca:

CARA PASANG NGINX PADA UBUNTU

BLOG PAKAR SEO MALAYSIA PAKAR WORDPRESS MALAYSIA PAKAR CPANEL HOSTING MALAYSIA

ABDUL ROZAK

Juru gambar - Pentadbir hosting.

Halo... Saya Abdul Rozak.

Saya wujudkan blog untuk mudahkan saya buat rujukan, tegurlah apa-apa maklumat yang kurang tepat. Saya sangat hargainya...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

BLOG BERKAITAN:
CARA PASANG PHP PADA PELAYAN PERIBADI MAYA CENTOS

Dibawah adalah cara pasang php dan module yang berkaitan pada pelayan sistem pengendalian CentOS. Php juga merupakan komponen penting dalam membangunkan laman web contohnya WordPress. Blog yang berkaitan dengan cara pasang php;. Panduan Asas Vps. Cara Pasang Apache CentOS. Cara Pasang Nginx CentOS Cara Pasang Nano. Cara Pasang MariaDB CentOS Pasang php pada pelayan centos […]

CARA PASANG MARIADB VPS SISTEM PENGENDALIAN CENTOS

Satu lagi pilihan selain menggunakan MySQL untuk menguruskan hubungan pangkalan data pada pelayan. MariaDB adalah sebuah sistem pengurusan hubungan pangkalan data atau dikenal dengan RDBMS - Relational Database Management System, memiliki ciri yang boleh dikatakan hampir 100% sama dengan ciri yang ada pada mysql. Berbanding mysql, mariadb dipercayai lebih selamat dan lebih stabil kerana dapat […]

CARA PASANG MYSQL VPS SISTEM PENGENDALIAN CENTOS

Seperti yang telah saya ceritakan disini MySQL adalah sebuah sistem pengurusan hubungan pangkalan data (Relational Database Management System - RDBMS) sumber terbuka diasaskan oleh Michael Widenius atau dikenal sebagai Monty. Mysql banyak digunakan dalam membangunkan laman web dan menjadi komponen yang terpenting. Dibawah adalah perkara yang berkaitan dengan mysql pada pelayan sistem pengendalian CentOS. Panduan […]

CARA BINA WORDPRESS PADA PELAYAN WEB NGINX - OS UBUNTU

Bina WordPress pada pelayan web nginx juga dikenali dengan istilah WP Lemp yang membawa maksud Linux, Engine x atau nginx, MySQL dan php. Sepertimana apache nginx juga memiliki ramai peminat dan menjadikanya pilihan pertama berbanding yang lain. Dibawah adalah panduan cara bina WordPress pelayan peribadi maya (vps) menggunakan pelayan web engine x. Ada beberapa perkara […]

CARA BINA WORDPRESS PELAYAN WEB APACHE - OS UBUNTU

Bina WordPress pada pelayan web Apache dikenal dengan istilah wp lamp stack yang merujuk kepada Linux, Apache, MySQL dan php. Ubuntu pula adalah sebuah sistem edaran linux (sistem pengendalian inti/kernel pada linux) berdasarkan Debian. Apache dicipta terlebih dahulu berbanding nginx (engine x / lemp stack), berdasarkan kerumitanya bina WordPress pada pelayan apache adalah lebih mudah […]

PENAJA:


MALAYSIA WEB HOSTING

MEDIA SOSIAL:

Tema tersuai.
folder-open-o