rozak.NET

Kategori:  

CARA PASANG APACHE SISTEM PENGENDALIAN UBUNTU

Oleh: Abdul Rozak pada 
Julai 25, 2018

Seperti yang telah disebutkan pada blog panduan Pasang Apache pelayan CentOS apache merupakan sebuah pelayan web sumber terbuka percuma dibangunkan dibawah naungan Apache Software Foundation (ASF). Perisian apache juga menyokong pelbagai ciri-ciri, diantaranya; Perl, Python, Tcl dan PHP.

Apache diyakini sebagai perisian pelayan web yang paling banyak digunakan diserata dunia.

ubuntu apache web server

ubuntu apache web server

Blog asas yang berkaitan dengan Cara Pasang Apache Sistem Pengendalian Ubuntu.

  1. Cara Login VPS Menggunakan PUTTY.
  2. Cara Pasang UFW/Firewall - Ubuntu.

CARA PASANG APACHE PADA UBUNTU

1.Log masuk ke pelayan menggunakan putty.

2.Baris perintah pasang Apache2;.

apt-get install apache2

IP pelayan dan domain sepatutnya dapat diakses selepas pemasangan kecuali firewall telah dipasang sebelumnya.

3.Semak dan pastikan apache mendapat kebenaran daripada Firewall, abaikan langkah ini apabila pelayan tidak menjalankan ufw;.

ufw app list

Pastikan terdapat Apache, Apache Full dan Apache Secure dalam senarai app. Jika tiada masukkan baris perintah ini;.

ufw allow "Apache"
ufw allow "Apache Full"
ufw allow "Apache Secure"

4.Beri kebenaran untuk menggunakan sambungan http dan https jika diperlukan;.

ufw allow http
ufw allow https

Dibawah adalah baris perintah yang berkaitan dengan Apache.

5.Muat semula Apache;.

service apache2 reload

6.Hentikan Apache;.

service apache2 stop

7.Mulakan Apache;.

service apache2 start

8.Mula semula Apache;.

service apache2 restart

9.Baris perintah semak Apache;.

service apache2 status

Terdapat baris perintah lain selain bahasa mudah diatas, contoh: systemctl start apache2.service dan apache2ctl stop.

Cara padam Apache2.

10.Hentikan Apache.
11.Padam Apache;.

apt-get remove apache2

12.Bersihkan fail konfigurasi;.

apt-get purge apache2

13.Cari fail yang berkaitan;.

whereis apache2

14.Padam fail yang berkaitan;.

rm -rf /usr/sbin/apache2 /usr/lib/apache2
Terima kasih sebab melawat dan sudi membaca:

CARA PASANG APACHE SISTEM PENGENDALIAN UBUNTU

BLOG PAKAR SEO MALAYSIA PAKAR WORDPRESS MALAYSIA PAKAR CPANEL HOSTING MALAYSIA

ABDUL ROZAK

Juru gambar - Pentadbir hosting.

Halo... Saya Abdul Rozak.

Saya wujudkan blog untuk mudahkan saya buat rujukan, tegurlah apa-apa maklumat yang kurang tepat. Saya sangat hargainya...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

BLOG BERKAITAN:
CARA PASANG PHP PADA PELAYAN PERIBADI MAYA CENTOS

Dibawah adalah cara pasang php dan module yang berkaitan pada pelayan sistem pengendalian CentOS. Php juga merupakan komponen penting dalam membangunkan laman web contohnya WordPress. Blog yang berkaitan dengan cara pasang php;. Panduan Asas Vps. Cara Pasang Apache CentOS. Cara Pasang Nginx CentOS Cara Pasang Nano. Cara Pasang MariaDB CentOS Pasang php pada pelayan centos […]

CARA PASANG MARIADB VPS SISTEM PENGENDALIAN CENTOS

Satu lagi pilihan selain menggunakan MySQL untuk menguruskan hubungan pangkalan data pada pelayan. MariaDB adalah sebuah sistem pengurusan hubungan pangkalan data atau dikenal dengan RDBMS - Relational Database Management System, memiliki ciri yang boleh dikatakan hampir 100% sama dengan ciri yang ada pada mysql. Berbanding mysql, mariadb dipercayai lebih selamat dan lebih stabil kerana dapat […]

CARA PASANG MYSQL VPS SISTEM PENGENDALIAN CENTOS

Seperti yang telah saya ceritakan disini MySQL adalah sebuah sistem pengurusan hubungan pangkalan data (Relational Database Management System - RDBMS) sumber terbuka diasaskan oleh Michael Widenius atau dikenal sebagai Monty. Mysql banyak digunakan dalam membangunkan laman web dan menjadi komponen yang terpenting. Dibawah adalah perkara yang berkaitan dengan mysql pada pelayan sistem pengendalian CentOS. Panduan […]

CARA BINA WORDPRESS PADA PELAYAN WEB NGINX - OS UBUNTU

Bina WordPress pada pelayan web nginx juga dikenali dengan istilah WP Lemp yang membawa maksud Linux, Engine x atau nginx, MySQL dan php. Sepertimana apache nginx juga memiliki ramai peminat dan menjadikanya pilihan pertama berbanding yang lain. Dibawah adalah panduan cara bina WordPress pelayan peribadi maya (vps) menggunakan pelayan web engine x. Ada beberapa perkara […]

CARA BINA WORDPRESS PELAYAN WEB APACHE - OS UBUNTU

Bina WordPress pada pelayan web Apache dikenal dengan istilah wp lamp stack yang merujuk kepada Linux, Apache, MySQL dan php. Ubuntu pula adalah sebuah sistem edaran linux (sistem pengendalian inti/kernel pada linux) berdasarkan Debian. Apache dicipta terlebih dahulu berbanding nginx (engine x / lemp stack), berdasarkan kerumitanya bina WordPress pada pelayan apache adalah lebih mudah […]

PENAJA:


MALAYSIA WEB HOSTING

MEDIA SOSIAL:

Tema tersuai.
folder-open-o