rozak.NET

MALAYSIA WEB HOSTING
MENU

CARA MENGGUNAKAN FILEZILLA PADA VPS

Oleh: Abdul Rozak pada 
Julai 13, 2018

FileZilla membolehkan pengguna mencapai ruang cakera keras, muat turun dan edit fail, muat naik fail dan padam fail pada pelayan peribadi maya (vps) dengan mudah. Beza penggunaan filezilla pada web hosting dan vps ada pada protokol yang diguna. Web hosting menggunakan protokol ftp, vps menggunakan protokol SSH.

Blog berkaitan: Cara Login VPS Menggunakan Putty Melalui SSH.

Selain filezilla terdapat aplikasi lain yang seumpama denganya dan menyokong protokol ssh, antara lain; Codeanywhere, CoreFTP, CrossFTP, cURL, CuteFTP, Directory Opus, Expan Drive MAC, FAR Manager, FlashFXP, FTP Commander, FTP Voyager, gFTP, Goanywhere MFT, Interachy, ltftp, pbFtpclient, SmartFTP, Toatal Commander, Web Drived, WinsCP dan WS_FTP.

CARA MENGGUNAKAN FILEZILLA PADA VPS

  1. Muat turun daripada laman rasmi filezilla dan install.
  2. Buka aplikasi.
  3. Pilih file dan site manager.
  4. Pilih new site.
  5. Tukar protokol kepada SFTP - SSH File Transfer Protocol.
  6. Taip alamat IP pelayan peribadi maya atau domain yang mana dns telah diarah ke alamat ip pelayan.
  7. Tukar logon type kepada ask for password.
  8. Masukkan nama pengguna.
  9. Pilih butang OK untuk simpan atau butang Connect untuk mengakses pelayan.
  10. Sila rujuk imej dibawah.
  11. Seksion 1 adalah ruang cakera keras pada pelayan. Pilh folder untuk tentukan lokasi. Klik kanan untuk muat turun atau padam fail.
  12. Seksion 2 adalah ruang cakera keras localhost komputer. Klik kanan sebarang fail untuk muat naik atau klik kanan folder untuk muat naik folder dan fail didalamnya.
CARA MENGGUNAKAN FILEZILLA PADA VPS VPS MALAYSIA VPS MALAYA PAKAR WORDPRESS MALAYSIA PAKAR VPS MALAYSIA

Cara menggunakan filezilla pada vps

Terima kasih sebab melawat dan sudi membaca:

CARA MENGGUNAKAN FILEZILLA PADA VPS

BLOG PAKAR SEO MALAYSIA PAKAR WORDPRESS MALAYSIA PAKAR CPANEL HOSTING MALAYSIA

ABDUL ROZAK

Juru gambar - Pentadbir hosting.

Halo... Saya Abdul Rozak.

Saya wujudkan blog untuk mudahkan saya buat rujukan, tegurlah apa-apa maklumat yang kurang tepat. Saya sangat hargainya...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

PENAJA:


MALAYSIA WEB HOSTING

MEDIA SOSIAL:

CARIAN:

Akan dikemaskini..

BLOG BERKAITAN:
CARA MENGGUNAKAN PENYUNTING GUTENBERG PADA WORDPRESS

Penyunting Gutenberg pertamakali dikenalkan didalam WordCamp Erope 2017 di Paris dan akan menggantikan penyunting sedia ada TinyMCE. Penyunting Gutenberg memiliki ciri yang jauh berbeza berbanding tinyMCE dan akan mula dipasang pada WordPress versi v5.0, pada masa ini penyunting gutenberg masih dalam versi beta dan boleh didapati dalam bentuk plugin. 'IMAGE COVER' TEKS + PAUTAN Gutenberg […]

CARA PASANG PHP PADA PELAYAN PERIBADI MAYA CENTOS

Dibawah adalah cara pasang php dan module yang berkaitan pada pelayan sistem pengendalian CentOS. Php juga merupakan komponen penting dalam membangunkan laman web contohnya WordPress. Blog yang berkaitan dengan cara pasang php;. Panduan Asas Vps. Cara Pasang Apache CentOS. Cara Pasang Nginx CentOS Cara Pasang Nano. Cara Pasang MariaDB CentOS Pasang php pada pelayan centos […]

CARA PASANG MARIADB VPS SISTEM PENGENDALIAN CENTOS

Satu lagi pilihan selain menggunakan MySQL untuk menguruskan hubungan pangkalan data pada pelayan. MariaDB adalah sebuah sistem pengurusan hubungan pangkalan data atau dikenal dengan RDBMS - Relational Database Management System, memiliki ciri yang boleh dikatakan hampir 100% sama dengan ciri yang ada pada mysql. Berbanding mysql, mariadb dipercayai lebih selamat dan lebih stabil kerana dapat […]

CARA PASANG MYSQL VPS SISTEM PENGENDALIAN CENTOS

Seperti yang telah saya ceritakan disini MySQL adalah sebuah sistem pengurusan hubungan pangkalan data (Relational Database Management System - RDBMS) sumber terbuka diasaskan oleh Michael Widenius atau dikenal sebagai Monty. Mysql banyak digunakan dalam membangunkan laman web dan menjadi komponen yang terpenting. Dibawah adalah perkara yang berkaitan dengan mysql pada pelayan sistem pengendalian CentOS. Panduan […]

CARA BINA WORDPRESS PADA PELAYAN WEB NGINX - OS UBUNTU

Bina WordPress pada pelayan web nginx juga dikenali dengan istilah WP Lemp yang membawa maksud Linux, Engine x atau nginx, MySQL dan php. Sepertimana apache nginx juga memiliki ramai peminat dan menjadikanya pilihan pertama berbanding yang lain. Dibawah adalah panduan cara bina WordPress pelayan peribadi maya (vps) menggunakan pelayan web engine x. Ada beberapa perkara […]

Tema tersuai.