rozak.NET

Kategori:  

CARA INSTALL NANO

Oleh: Abdul Rozak pada 
Julai 14, 2018

Nano yang dilesenkan dibawah GNU GPL adalah sebuah aplikasi penyunting teks berasaskan terminal. Saya menggunakanya untuk edit pelbagai format fail pada pelayan peribadi maya (vps) antara lain; .text, .html, .php dan .conf. Selain Nano, Vim dan Micro adalah aplikasi lain yang memiki fungsi sama.

how to install nano linux vps

how to install nano linux vps

Sila login vps sebelum mula: Cara Login VPS Menggunakan Putty Melalui SSH.

CARA INSTALL NANO TEXT EDITOR

Sila guna baris perintah dibawah mengikut sistem pengendalian yang diguna.

Ubuntu:.

apt-get install nano

Sila update apt (Ubuntu Advanced Packaging Tool) dan pasang semula jikalau ada mesej ralat: Unable to locate package nano.

apt-get update

CentOS/Red Hat:.

yum install nano

Tekan Enter untuk jalankan perintah.

how to use nano file editor

Konsol menggunakan Putty

CARA EDIT FAIL MENGGUNAKAN NANO

Dibawah adalah baris perintah untuk nano supaya edit fail yang sedia ada atau cipta fail baru kemudian edit. Sertakan nama folder jika kedudukan konsol berada pada root, contoh /var/www/html/index.php untuk edit fail index.

 

Blog berkaitan: Perkara Asas VPS.

 

Baris perintah nano:.

nano rozaknet-namafail.php

Tekan dan tahan butang ctrl dan butang X selepas edit, tekan Y untuk simpan atau N untuk batalkan penyuntingan. Tekan dan tahan butang ctrl dan butang G untuk baca panduan pengguna'an nano.

Terima kasih sebab melawat dan sudi membaca:

CARA INSTALL NANO

BLOG PAKAR SEO MALAYSIA PAKAR WORDPRESS MALAYSIA PAKAR CPANEL HOSTING MALAYSIA

ABDUL ROZAK

Juru gambar - Pentadbir hosting.

Halo... Saya Abdul Rozak.

Saya wujudkan blog untuk mudahkan saya buat rujukan, tegurlah apa-apa maklumat yang kurang tepat. Saya sangat hargainya...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

BLOG BERKAITAN:
CARA PASANG PHP PADA PELAYAN PERIBADI MAYA CENTOS

Dibawah adalah cara pasang php dan module yang berkaitan pada pelayan sistem pengendalian CentOS. Php juga merupakan komponen penting dalam membangunkan laman web contohnya WordPress. Blog yang berkaitan dengan cara pasang php;. Panduan Asas Vps. Cara Pasang Apache CentOS. Cara Pasang Nginx CentOS Cara Pasang Nano. Cara Pasang MariaDB CentOS Pasang php pada pelayan centos […]

CARA PASANG MARIADB VPS SISTEM PENGENDALIAN CENTOS

Satu lagi pilihan selain menggunakan MySQL untuk menguruskan hubungan pangkalan data pada pelayan. MariaDB adalah sebuah sistem pengurusan hubungan pangkalan data atau dikenal dengan RDBMS - Relational Database Management System, memiliki ciri yang boleh dikatakan hampir 100% sama dengan ciri yang ada pada mysql. Berbanding mysql, mariadb dipercayai lebih selamat dan lebih stabil kerana dapat […]

CARA PASANG MYSQL VPS SISTEM PENGENDALIAN CENTOS

Seperti yang telah saya ceritakan disini MySQL adalah sebuah sistem pengurusan hubungan pangkalan data (Relational Database Management System - RDBMS) sumber terbuka diasaskan oleh Michael Widenius atau dikenal sebagai Monty. Mysql banyak digunakan dalam membangunkan laman web dan menjadi komponen yang terpenting. Dibawah adalah perkara yang berkaitan dengan mysql pada pelayan sistem pengendalian CentOS. Panduan […]

CARA BINA WORDPRESS PADA PELAYAN WEB NGINX - OS UBUNTU

Bina WordPress pada pelayan web nginx juga dikenali dengan istilah WP Lemp yang membawa maksud Linux, Engine x atau nginx, MySQL dan php. Sepertimana apache nginx juga memiliki ramai peminat dan menjadikanya pilihan pertama berbanding yang lain. Dibawah adalah panduan cara bina WordPress pelayan peribadi maya (vps) menggunakan pelayan web engine x. Ada beberapa perkara […]

CARA BINA WORDPRESS PELAYAN WEB APACHE - OS UBUNTU

Bina WordPress pada pelayan web Apache dikenal dengan istilah wp lamp stack yang merujuk kepada Linux, Apache, MySQL dan php. Ubuntu pula adalah sebuah sistem edaran linux (sistem pengendalian inti/kernel pada linux) berdasarkan Debian. Apache dicipta terlebih dahulu berbanding nginx (engine x / lemp stack), berdasarkan kerumitanya bina WordPress pada pelayan apache adalah lebih mudah […]

PENAJA:


MALAYSIA WEB HOSTING

MEDIA SOSIAL:

CARA INSTALL NANO Hak cipta ©.
Tema tersuai.
folder-open-o